PRU14 memperlihatkan berlakunya pertukaran parti pemerintah dan pertukaran posisi parti-parti yang bertanding. Penulisan ini adalah untuk membawa penyokong PAS untuk menyedari banyak perkara yang belum mereka sedari dan supaya mereka dapat melihat apa yang perlu mereka lakukan seterusnya.
Ketika saya pernah dianiaya waktu bekerja dengan sebuah syarikat minyak antarabangsa, saya pernah bercerita tentang kesedihan itu pada semua sehingga seorang hamba Allah menegur "FOR WHAT? TO GET A SYMPATHY? STOP TELLING A SAD STORY AND MOVE ON. IT WILL NEVER HELP YOU. Saya juga dinasihatkan bekas boss dari US pada waktu yang menghormati saya dengan berpesan "YOU KNOW THAT THE SEA YOU SWIM FULL WITH SHARKS. SOMEHOW YOU LET THEM CATCH YOU".
Jadi adalah amat perlu kita menyedari banyak perkara supaya kita terus bertambah kuat dan tidak berterusan lemah hanya kerana merasakan kita dianiaya. Untuk sehari dua ini, saya turut merasakan sedemikian rupa sehinggalah saya tersedar sendiri kisah lama ini. We need to MOVE ON. Apakah yang perlu kita sedar?
1- Merasakan mereka kalah apabila hanya memperoleh 2 negeri dan 18 kerusi parlimen sahaja. Hakikatnya PAS memperoleh kerusi terbanyak dalam sejarah apabila bersendirian dan memperoleh 2 negeri untuk ditadbir dengan tenang. Kita harus bersyukur bahawa kita mempunyai 5 tahun tanpa banyak tekanan dengan hanya perlu menghadap isu dari 2 buah negeri ini berbanding pihak yang menawan negeri yang lebih banyak. Dahulunya pembangkang di Kelantan mempunyai taring kerana partinya adalah kerajaan memerintah namun kali ini berbeza. Kita benar-benar dipermudahkan Allah dalam mentadbir Kelantan dan Terengganu tanpa banyak serangan dalaman. Kita sebenarnya berada dalam satu situasi yang amat tenang.
2- Dalam musibah ada rahmat. Tatkala perpecahan berlaku, ia menyedihkan semua ahli PAS dan kita kehilangan ramai sahabat yang bersama satu tika dahulu. Namun dalam perpecahan itu Allah telah bersihkan fitnah-fitnah yang berada didalam PAS khususnya pendukung syiah dan mereka yang tidak berpegang atas dasar PAS. Kini beban itu berada di pihak yang lain. Satu ketika dahulu kita dihujani dengan pertanyaan tetapi kini Allah alihkan beban itu kepada mereka pula. Kita sebenarnya berada dalam satu situasi yang lebih tenang.
3- PAS dihujani fitnah berkaitan UG dan menjadi tongkat BN. Namun mampukah kita menjawab isu ini sebenarnya? Terimalah hakikat, kita tenggelam dalam perang cyber kerana kekuatan kita sememangnya tidak sehebat mereka. Penerangan atau perdebatan tidak mampu menangkis persepsi walaupun pilihanraya telahpun tamat. Tapi tanpa sedar, Allah membantu menjawab semua fitnah-fitnah dengan caranya sendiri. Allah dah bantu menjawabnya di Perak dan Kedah. Dalam keadaan ini, saya berpendapat, kita harus berhenti dan DIAM. Biarkan ayam terus berkokok senja kerana tiba waktu mereka akan berhenti sendiri kerana hari tidak selalunya malam.Kita harus lebihkan usaha muhasabah melihat kelemahan sendiri. Kita sebenarnya berada dalam satu situasi yang lebih tenang.
4- Tahukah anda, kedudukan kita adalah dalam pencapaian yang sangat baik. Kita tidak terkepung dengan syarat-syarat koalisi. Kita bebas berpegang dengan dasar parti sendiri tanpa sebarang was-was. Kita bebas mentadbir 2 negeri dengan kuasa penuh kepada MP dan pentadbir yang dilantik. Kedua negeri mempunyai rakyat yang memberi sokongan padu kepada parti. Peluang untuk memperoleh pencapaian adalah lebih baik pada kali ini berbanding di negeri yang mempunyai populasi anti PAS yang tinggi dimana banyak polisi dan kerja mentadbir akan menjadi lebih sukar. Kita sebenarnya berada dalam situasi yang lebih tenang.
5- PAS digelar taksub dari dulu sehingga sekarang.Namun Allah telah membantu menjawab perkara ini seawal hari pertama kerajaan baru memerintah dengan sentimen politik dendam dan kebencian melalui taksub yang mereka sendiri tidak sedar. Perasaan benci dan dendam ini membuatkan mereka tidak sedar bahawa mereka juga tidak kurang zalimnya dari pemimpin yang mereka benci. Walaupun Najib tidak pernah memenjarakan ratusan aktivis bertahun-tahun tanpa bicara seperti yang dilakukan pemimpin pujaan mereka sebelum ini, kita sudah dapat melihat syaitan kebencian terbit dari jari-jari yang menaip betapa kalau boleh, Najib dan Rosmah mahu dihukum mati. Alhamdulillah, ini tidak datang dari penyokong PAS dan harus dikekalkan kerana kita diajar Islam dengan sifat memaafkan. Kita sebenarnya berada didalam situasi yang lebih tenang.
MUHASABAH DAN MENCERMIN DIRI UNTUK MASA DEPAN
Setelah apa yang saya jelaskan diatas, kita sepatutnya berusaha memberitahu diri sendiri dan rakan-rakan untuk menjauhi pertelingkahan cyber. Mereka kini dibebani janji-janji yang telah ditaburkan. Kita juga harus ingat, kita dibebani kelemahan yang menyebabkan ramai orang Islam sendiri tidak memilih PAS. Kita jangan mudah menyalahkan BN dan PH adalah punca kekalahan atau kita tidak akan pernah belajar akan silap diri sendiri.
1- Dakwah terbaik adalah akhlak - Sebagaimana anda melihat orang PH susah kita nasihatkan akan silap mereka, begitulah juga sebaliknya. Kita tak sedar orang memanggil kita taksub mmg kerana perkara itu wujud. Sungguhpun kita merasakan kita diserang dan dianaya, itu tidak menghalalkan kita untuk berkasar dan mencaci maki mereka yang tidak memahami. Sudahnya sifat tidak berakhlak itu menjadi fitnah kepada jemaah. Almarhum Prof Dr Khazani sebelum meninggalkan kita telah berkata, BPMS dibangunkan untuk PRU15 sekiranya orang-orang PAS benar-benar dapat memahami dan mengamalkannya. Kita mempunyai 5 tahun untuk mentarbiyah serta meminimumkan orang-orang PAS yang tidak membawa akhlak Islam didalam masyarakat dan media sosial.
2- Kurang penghayatan agama - ramai antara kita sebenarnya faham bendera tetapi tidak faham agama. Diwaktu Perak dan Kedah diambang kepeningan membentuk kerejaan negeri, ramai orang PAS sendiri risau penggabungan dengan BN akan mengiyakan fitnah orang bahawa PAS adalah tongkat UMNO. Sedangkan Presiden telah mengajar kita dalam sesi ceramahnya tentang kepentingan berpegang teguh kepada dasar Islam apabila situasi Kingmaker berlaku, kita masih lagi takutkan persepsi fitnah berbanding takutkan diri jauh dari berpegang pada tali Allah. Kita perlu mentarbiyah ahli-ahli sendiri untuk memahami perjuangan parti ini. Kerana ramai antara kita sendiri yang tidak faham, PRU14 menyaksikan orang atas pagar kurang meyakini dan memilih untuk berpegang kepada mood "tumbang BN" sungguhpun pengganti yang mereka pilih penuh dengan kesangsian.
3- Emosi - adalah penting untuk kita mengelakkan engagement kepada provokasi kerana apabila kita terjebak kedalamnya, maka akan berlaku "counter action". Kita harus faham kita berada dalam situasi yang amat tenang dan banyak perkara telahpun Allah bantu dalam keadaan yang kita tidak sedar. Saay sendiri terjebak dalam perkara ini. Saya juga berharap kita semua semakin sedar dan lebih fokus kepada kerja pembaikan berbanding kerja berperang yang tak sudah. Ketahuilah, golongan neutral dan atas pagar yang menyokong PH ramai beragama Islam, berilmu dan waras. Mungkin mereka lebih mengikuti mood semasa PRU dalam membuat pilihan. Mereka ini sahaja sudah cukup untuk menjadi wakil untuk check and balance tanpa ada keperluan tukang tembak dari PAS. Sudah tentu mereka yg memilih, mereka akanmengharapkan pihak yang dipilih menunaikan janji. Sekarang pun saya melihat PH diserang penyokong sendiri. Jadi apa keperluan kita menjadi batu api. Lebih elok kita sebuk betulkan diri sendiri.
4- Malas - sewaktu saya merajinkan jari menjadi cybertroop dalam tempoh berkempen, saya melihat ramai yang bersemangat untuk berjuang menjadi cybertrooper juga. Malangnya pejaung-pejuang kita terlalu malas untuk bersiap sedia hinggakan ada yang minta saya tolong sediakan segala peralatan perang. Hinggakan perlembagaan PAS pun sendiri minta saya sediakan link. Bukanlah semua sebegini namun jumlahnya agak ramai malah ada yang memprovokasi saya bahawa sekiranya tidak membantu mereka akan berpindah ke pihak yang satu lagi. Allahurabbi. Disaat saya sedang buang air pun terpaksa menekan smartphone untuk sediakan bermacam bahan yang diminta. Namun kita ada 5 tahun untuk merubah keadaan ini. Jika hendak berada dibarisan hadapan, belajarlah teknik perang.
5- Unit media yang lemah - salah satu sebab mengapa ramai cybertroop sukarelawan terkapai-kapai mencari bahan adalah kerana unit media PAS yang lemah. Lemah ini bukanlah bermaksud mereka tidak bagus tetapi mereka tidak begitu kuat untuk bersaing dengan pihak lawan. Sungguhpun ada sosok sukarelawan profesional yang membantu, namun ia tidak terkoordinasi dengan baik. Namun kita ada 5 tahun untuk memperbaiki kelemahan ini.
6- Daya tahan - amat ramai juga orang yang agak goyah dalam pengangan bersama jemaah. Apabila mereka berada didalam keadaan tidak mampu menjawab tohmahan dan soalan cepumas dari pihak lawan, mereka memilih untuk berada dalam stand neutral. Secara peribadi, saya berjaya memperbetulkan 95% daripada mereka yang menghantar private msg memohon pencerahan. Ini hanya mereka yang dapat saya jawab. Bagaimana dengan mereka yang tidak dapat saya cerahkan? Mungkin anda harus belajar bagaimanakah daya tahan orang-orang lama didalam PAS yang mengeluarkan wang kocek sendiri, bertungkus-lumus menyiapkan bahan kempen parti dengan apa yang ada, konsisten dengan perjuangan walau dituduh taksub. Kami tidak taksub, tetapi kami fahami perjuangan dan tidak mudah brainwash dengan angka dan statistik.
7- Tidak terbuka - apa yang berlaku pada pengal yang lepas memperlihatkan ramai orang kita mempunyai masalah dengan keterbukaan. Saya tidak mengatakan semua orang PAS mindanya tertutup tetapi tindakan kita mengundang persepsi sedemikian rupa. Contohnya ketegangan antara penyokong PAS dengan Maza dan Rora. Secara peribadi saya melihat banyak khilaf disitu. Namun ada juga kata mereka yang mempunyai kebenaran. Disini sepatutnya kita tidak perlu kefb mereka dan menjawab. Cukup sekadar baca dan sekiranya tidak setuju, diamkan saja. Bagi saya tindakan mereka itu sendiri kurang cermat apabila berbicara perkara ijtihad didepan orang awam tetapi kita juga kurang cermat kerana gatal juga tangan hendak menjawab. Sudahnya ukhwah sesama saudara semakin berpecah. kita tidak perlu tunggu siapa mesti berhenti dulu. Ambillah pendekatan, kita berhenti memberi respon dan nasihat rakan lain juga begitu. Insyallah masa berlalu dan menyejukkan keadaan. Banyak ukhwah yang terputus boleh kita tautkan kembali.
Agama mengajar kita untuk taat kepada pemimpin yang dilantik. Tidak kira apa jua perasaan dan tanggapan kita kepada kepimpinan Pakatan Harapan mereka adalah pemimpin yang dilantik dan wajib kita taat selagi ia tidak dalam perkara kemungkaran.
Ingat pesan Tok Guru, JANGAN KACAU RAKYAT. Janganlah kita jadi rakyat yang mengacau pemimpin yang mahu bekerja untuk rakyat. Berilah ruang masa untuk mereka bekerja dan melunaskan janji-janji. Kita perlu yakin dengan cara PAS. Sebagaimana PAS bersetuju dalam perkara yang baik bersama BN, PAS juga akan bersetuju dalam perkara baik dengan PH. Jangan kita yang tidak tahu menahu menjadi lebih sudu dari kuah.
Tenanglah kita untuk 5 tahun mendatang. Insyallah dengan ketenangan ini, kita dapat mengawal emosi, memperbaiki akhlak, memantapkan ilmu dan memudahkan kerja dakwah. Sesungguhnya Allah telah memberi banyak kemenangan dan pertolongan dalam perkara yang tidak boleh dinilai dengan mata tetapi perlu dinilai dengan minda yang tajam. BPMS bukan wayang pilihanraya. Ia adalah formulasi yang perlu orang PAS pelajari, fahami dan cuba terapkan didalam diri. Wallahualam.
#LebaiPRO
#BPMS
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily
Tags
Artikel