Dulu semasa menjadi pembangkang, DAP membantah dasar AP untuk kereta import dan menyifatkannya sebagai dasar yang memiskinkan rakyat serta menyebabkan kerajaan hilang hasil RM3.6 bilion setahun. Malahan, Timbalan Speaker Nga Kor Ming pada ketika itu turut menyarankan Kerajaan BN batalkan AP serta-merta.
Hari ini, Timbalan Menteri MITI daripada DAP lupa apa yang pernah dilafazkan atau dibangkang oleh partinya ketika zaman BN memerintah dahulu. Kini, YB Ong Kian Ming memberi justifikasi kenapa AP perlu dikekalkan serta diperluaskan pelaksanaannya agar lebih ramai dapat merasai nikmatnya. Helah, helah....
Pelik juga, bila dah jadi kerajaan, lupa segala-gala pendirian dan prinsip yang dipegang.
Rakyat hanya mengeluh apabila Timbalan Menteri MITI kata jika ada pendedahan yang dibuat oleh media tentang syarikat pemegang AP baharu dan didapati tidak memenuhi syarat, MITI akan ambil tindakan dan batalkan pemberian AP. Persoalannya sekarang:
1. AP yang ditentang hebat pada satu ketika (menjadi pembangkang) wajar dikekalkan / diteruskan setelah menjadi parti pemerintah?
2. Bukankah latar belakang syarikat AP baharu perlu diselidiki dahulu sebelum diluluskan? Kenapa perlu pembongkaran atau pendedahan oleh media baru diambil tindakan?
Pelik betul kerajaan PH! Di mana prinsip perjuangan DAP?
Wee Ka Siong
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily
Tags
Komentar