Berita Terkini

'PH sedia bincang lanjutan MOU jika akta lompat parti diluluskan'


PH sanggup berunding dengan Perdana Menteri berhubung pelanjutan memorandum persefahaman antara kerajaan dan gabungan itu selepas ia tamat pada 31 Julai ini jika undang-undang antilompat parti diluluskan di Parlimen.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dalam sidang media di Seremban hari ini.

"Selepas undang-undang antilompat parti lulus (di Parlimen), selagi perdana menteri mahu berbincang dengan kita, kita bersikap terbuka.

"Tetapi undang-undang antilompat parti perlu diluluskan sebelum ada ruang untuk perbincangan," katanya.

Sebelum ini, Umno telah memutuskan agar MOU itu tidak dilanjutkan selepas mencapai tamat tempohnya.

Ia dimeterai Ismail Sabri dengan pimpinan tertinggi PH pada 13 September 2021 untuk mengembalikan kestabilan politik setelah pertukaran kerajaan berlaku sekali lagi pada bulan sebelumnya.

Secara asasnya, dengan pemeteraian itu, PH tidak akan menghalang kerajaan dalam undi kritikal di Dewan Rakyat yang boleh membawa kesan terhadap survivalnya, seperti belanjawan.

Sebagai pertukaran, kerajaan akan mengusahakan sejumlah pembaharuan dan dasar yang sebelum ini dibawa PH.

Ia juga menyentuh isu pengurusan Covid-19, pembaharuan kerajaan dan parlimen, Perjanjian Malaysia 1963 dan kebebasan kehakiman.


______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form