Kami di peringkat akar umbi parti amat kecewa terhadap kenyataan keras yng dikeluarkan oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang telah secara terbuka menyerang Timbalan Presiden parti kami sebagai kononnya seorang yang tidak berprinsip dan berjuang demi jawatan.
Timbalan Presiden kami telah dipilih oleh majoriti anggota parti pada pemilihan parti yang diadakan baru-baru ini.
Kenyataan Presiden dikeluarkan dalam cara emosi apabila beliau membela kenyataan anak beliau Nurul Izzah Anwar.
Bagi kami, tindakan Nurul Izzah yang telah juga mengeluarkan kata-kata bersifat serangan kepada parti kawan adalah satu tindakan yang sepatutnya tidak berlaku.
Ianya telah memberi gambaran tiada perpaduan mahupun displin dikalangan pimpinan Pakatan Harapan.
Kami menuntut sebagai akar umbi PKR untuk DSAI mengambil satu sikap sebagai pemimpin yang dapat menyatukan parti ini dan bukan membakar sentimen perpecahan.
Shahrudin bin Mohd Shariff
Ketua PKR Cabang Jelutong
Ahli Majlis MBPP
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily
Tags
Kenyataan