Berita Terkini

Pemimpin Parti Amanah Meninggal Dunia Ketika Mahu Bayar Zakat Fitrah


ALOR SETAR: Timbalan Pengerusi Tetap Parti Amanah Negara (Amanah), Adnan Saad, 54, meninggal dunia apabila rebah tiba-tiba sewaktu beratur bagi menunaikan zakat fitrah di Masjid Zahir, dekat sini, malam tadi.

Setiausaha Amanah Kedah, Asmirul Anuar Aris berkata, beliau difahamkan arwah yang juga Pengarah Pilihan Raya Amanah Kedah rebah ketika menunggu giliran untuk membayar fitrah setelah selesai menyempurnakan solat Isyak di masjid negeri itu.

“Keluarga Allahyarham memaklumkan yang beliau sebelum ini menghidap darah tinggi dan jantung. Jadi pemergiannya itu mungkin ada kena-mengena dengan penyakit dihidapi.

“Beliau sentiasa disenangi semua pihak malah kalangan pemimpin besar dalam parti amat mengenali arwah sebagai sebagai seorang rakan. Pemergian arwah amat mengejutkan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia malam tadi.

Sementara itu, Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau menyifatkan pemergian Adnan kehilangan besar kepada parti sama ada di peringkat nasional mahu pun Kedah.

“Beliau sentiasa ceria dan bersemangat nak laksanakan sebarang kerja diberikan kepadanya. Dalam masa sama, beliau tidak menyimpan dendam atau mudah melenting termasuk ketika bergurau bersama rakan-rakan.

“Ini satu kehilangan besar terutamanya buat kami di Kedah. Segala kelemahan dan kekurangan termasuk dari sudut kewangan bukan alasan untuk dirinya tidak melaksanakan kerja diberi,” katanya. KO



______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form