Berita Terkini

Pujian Buat Amanah - "Consistent"


1) Saya tahu dan sedar, tulisan saya kali ini boleh jadi akan mengundang kemarahan ahli-ahli dan pemimpin Amanah terutamanya Anai2 Oren Masam. Itu biasalah. Kalau saya tak "PUJI" mereka, tak pastilah jika ada yg sudi "PUJI"?? Dulu pun masa saya dan shbt2 mula mendedahkan Kartel dalam Keadilan / PKR kami dimaki hamun dan dikata memfitnah juga. Malah kami dituduh mahu menjahanamkan parti itu dan robekkan muafakat dlm PH. Hanya selepas beberapa tahun bila tembelang Kartel Assmin pecah barulah mereka percaya apa yg saya dan shbt2 dedahkan waktu itu. Sehingga ke hari ini puak2 yg memaki hamun saya itu tidak pun meminta maaf tapi saya maafkan mereka kerana mereka jahil dan buta politik pada ketika itu.

2) KINI, rasanya sudah hampir 8 bulan saya mengharapkan pemimpin2 Amanah menghentikan kerja KHIANAT Anai2 berkenaan menyerang DSAI di SocMed. SUNGGUH MALANG pimpinan Amanah hanya meremeh2kan perkara ini dan terus menyalahkan pihak lawan, PN, penyokong2 PKR dan PH yg pro DSAI KUNUNnya (meminjam perkataan favourite PT95) mahu melaga-lagakan penyokong PH dan hubungan PT95-DSAI. Serangan demi serangan, penghinaan demi penghinaan dan kenyataan PT95 meremeh-remehkan kewibawaan DSAI dilupakan shj bak hembusan angin lalu. Pihak mereka pula dianggap seolah2 Suci Sesuci Lebai PA$ dan Sesuci Embun Pagi. Tiada sekelumit pun salah dan silap, melainkan hanya musuh dan penyokong2 PKR, PH pro DSAI shj dianggap bersalah dan cuba mencari masalah.

3) Mungkin herdikan, kutukan, penghinaan, cercaan, tuduhan, fitnah dan sindiran terhadap DSAI itu mereka anggap hanya KRITIKAN SAHAJA yg berterusan selama 8 bulan? DSAI pun tak kesah so pedulikan shj. Pada anai-anai berkenaan apa yg mereka tulis dan kata pada DSAI jangan dijawap dan jangan dilawan. JIKA jawap atau lawan maka dianggap "dak2 sudu" yg taksub dgn pemimpin dan KUNUNnya lsg tak bleh dikritik. Tapi kalau kita kritik PT95 puak anai2 Oren ni akan bingkas bangkit mendahului para pejuWANG utk membela PT95 semahu2nya. "Halal" bagi mereka melakukan sedemikan tapi "Haram" bagi penyokong-penyokong PH pro DSAI mempertahankan Pengerusi PH itu. Jika pertahankan DSAI akan dianggap TAKSUB. Hanya jika kita berhenti mempertahankan DSAI, maka kita BUKAN Taksub. Itu sifir dan formula mereka anuti selama ini.

4) APAPUN...mereka layak "DIPUJI" sebab pemimpin Amanah bertegas bahawa mereka SANGAT "CONSISTENT" dengan konsensus MP PH. Ya..saya "PERCAYA" dan TERSANGAT-SANGAT YAKIN serta PERCAYA bila salah seorang dari pemimpin Amanah menyatakan melalui Youtube Live yg JOMLO JOMLO itu bahawa mereka sgt "CONSISTENT" dgn konsensus dan keputusan MP PH. Pada saya, buktinya ialah mereka "consistent" bersahabat dan menyokong PT95 yg kerjanya asyik memecahbelahkan PH, menyerang, memburuk-burukan dan menghina DSAI. Amanah sgt "consistent" utk TIDAK MEMPERTAHANKAN DSAI demi secara "consistent" menjaga hati PT95 supaya tidak terguris secara "consistent". Mereka sgt "consistent" MENGGURIS hati DSAI dan penyokong2nya sbb itu di anggap okay shj. No big deal. Ya. mereka sgt "consistent" dan fokus.

5) Saya juga percaya Amanah sgt "consistent" menyokong Shafie Apdal jadi calon PM SEBULU seperti diumumkan oleh LGE sebagai alternatif jika DSAI TIDAK punya cukup "numbers". Agaknya kerana pendirian itu TELAH DIPUTUSKAN dalam MP PH sbbtu mereka "consistent" menyokong idea LGE yg paling hebat dan genius itu?? Betapa "consistent" nya mereka?? Saya sungguh kagum dan "respect". Mereka juga sangat "consistent" berada dalam "DENIAL SYNDROME". Lagi sekali....saya sungguh kagum...!!!
6) Sememangnya Amanah JUGA sgt "consistent" membiarkan Anai2 mengutuk, mengherdik, memfitnah, menghina dan menyindir DSAI di SocMed. Saya tabik akan "consistency" Amanah membiarkan ahli2 mereka yg tertentu dan berjawatan dalam parti melakukan perkara sedemikian terhadap DSAI. Tabik spring..!! Istiqomah sungguh. Kalah Lebai dan Walaun PA$. Sekali lagi saya sangat "IMPRESSED" atau kagum dgn sikap mereka yg sgt "consistent".


7) PENYOKONG-PENYOKONG PH pro DSAI nampaknya PERLU secara "CONSISTENT" BERHENTI melawan Naratif anai2 Oren ini dan berdiam diri biar mereka balun, hina, kutuk, fitnah dan sindir DSAI setiap hari di SocMed. Jika anda mempertahankan Pengerusi PH itu, maka anda adalah TAKSUB. JIKA mereka meloncat mempertahankan PT95 itu setiakawan dan meramaikan rakan politik bukan Taksub. Sbb dalam kamus hidup mereka perkataan Taksub hanya terpakai kpd pendokong2 PA$, UMNO, PKR, Bersatu dll. Ia tidak terpakai kpd Parti Rahmatan Lil Aalamin...mereka TIDAK pernah Taksub.

8) Satu lagi mereka sgt "consistent" bila tidak satu pun kenyataan mereka yg berhasrat mahu meredakan keadaan dgn SEBENAR-BENARnya menghentikan perbalahan penyokong dgn MENUJU tepat kpd kelompok PROVOKATOR sebenar yg mengkucar-kacirkan kesatuan penyokong2 PH. Sungguh "consistent" mereka tidak melakukan sedemikian, AMAT "consistent" utk TIDAK menangani punca sebenar kemarahan Penyokong-penyokong PH pro DSAI terhadap Amanah. Pasti anda juga akan kagum dgn "consistency" ini kerana mereka seolah-olah "consistent" utk membiarkan perkara ini berterusan. Meskipun DSAI ignore namun sedikit sebanyak terpaksa menanggung imej yg dirobekkan dari dalam PH sendiri BUKAN dari luar.

9) Amanah, Progesif dan #PEDULI. Hebat MOTTO parti itu. Saya sungguh kagum kerana mereka sgt "CONSISTENT utk #TIDAK_PEDULI perbuatan sebahagian ahli-ahli mereka yg berjawatan dalam parti yg setiap hari mengutuk, mengeji, mengherdik, menghina dan menyindir DSAI, PKR dan para penyokongnya. Mereka sungguh "consistent" dgn sikap #TIDAK_PEDULI itu yg bertentangan dgn motto mereka sendiri. Sikap yg "consistent" ini layak "DIPUJI".

10) Saya nasihatkan ANDA jangan pula TIDAK PERCAYA kpd "consistency" mereka dan jangan melawan apa shj anai2 mereka mahu kata dan kutuk PENGERUSI PAKATAN HARAPAN serta PKR. Anda mesti merelakannya supaya tidak menjadi perbalahan yg pastinya akan dianggap BERPUNCA dari anda. Jika anda membantah atau membalas kutukan mereka terhadap DSAI, maka sahlah anda adalah PENTAKSUB dan WALAUN Anwar..!!

11) Dibawah ini saya sertakan Screenshots tulisan "pihak PN" yg Khalid Samad kata nak laga-lagakan sesama kita. Saya siar utk menunjukkan "pihak PN" berkenaan juga memang "CONSISTENT" dalam hal mengutuk, mencerca, mengherdik, menuduh, memfitnah dan menghina DSAI. ini adalah tulisan paling awal "pihak PN" menghina DSAI sewaktu kecoh-kecoh Option 1 dan 2 serta mahu DSAI usaha cukupkan "numbers". Ia semakin galak bila mana DSAI dan PKR menolak PT95 sebagai calon PM utk 6 bulan. Ganjil sungguh "pihak PN" pula yg marah2 ye?

12) JIKA pemimpin Amanah secara "consistent" mengABAIkan shj Screenshots seperti ini, maka eloklah kita semua pendokong2 PH pro DSAI secara "consistent" menyiarkan lagi Screenshots yg berbeza di SocMed biar bertebaran seantero dunia sehinggalah mereka bertindak menghentikan perbuatan "pihak PN" berkenaan. ANDA SETUJU??

Wallahualam.

- Zus Din
19 November 2020

______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form