Berita Terkini

Hakikat Kepahitan Sebenar


PPBM sebenarnya memang amat menyedari bahawa parti ini tidak memiliki pemimpin yang berkarisma lagi berwibawa.

Hakikat ketandusan kepimpinan ini tidak mungkin mampu untuk diselindungi. Walaupun hampir semua di kalangan pemimpinnya telah dilantik memegang jawatan Menteri, namun PPBM terpaksa melantik tambahan sanator untuk meguasai kabinet.

PPBM juga semestinya menyedari bahawa penguasaan mereka dalam politik tanah air kini sedang menuju ke arah perjalanan yang kelam serta tiada harapan lagi.
 

Situasi parti ini semakin bertambah parah bukan saja disebabkan ketiadaan pemimpin yang berwibawa semata-mata, tetapi juga kegagalan dalam mengembangkan kekuatan melalui akar umbinya yang kini sekadar kurang lebih 100,000 ahli sahaja.

Setelah lebih setengah tahun mentadbir kerajaan, sehingga kini Menteri-menteri dari PPBM masih gagal untuk membuktikan pencapaian yang boleh dijadikan kayu ukur pretasi semasa kepada seluruh rakyat di negara ini. Nasib malang PPBM ini ditambah lagi dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin parti yang menjadi bahan cemuhan ramai.

Menyedari kegagalan dan kelemahan ini, maka bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila parti tidak cukup akar umbi ini berusaha sedaya upaya untuk manipulasi pihak lain seperti PAS dan UMNO demi mendapatkan talian hayat politik mereka pada masa hadapan.

Segala episod lakonan dengan pelbagai watak dari mula terbentuknya kerajaan hinggalah tergesa-gesa menubuhkan Perikatan Nasional. Semua hanyalah kerana khuatir hilang kuasa serta tamatnya riwayat politik dalam PRU akan datang.

Beberapa percubaan licik dalam usaha memecahkan perpaduan akar umbi Muafakat Nasional serta pelbagai tawaran jawatan adalah umpama sogokon terhadap sebahagian pemimpin-pemimpin Muafakat Nasional. Trend ini dilihat sedang menjadi modus operandi pecah dan perintah demi menjamin kedudukan pihak mereka.

Kaedah pecah dan perintah ini telah pun terbukti berjaya memusnahkan parti PKR dan menjadikan presidennya tidak lagi berpengaruh apabila kerajaan PH hanya mengangkat Azmin sebagai menteri kanan kabinet sedangkan presiden tidak diberikan sebarang jawatan. Kini kaedah yang sama ini cuba diterapkan terhadap parti dalam Muafakat Nasional.

Diharap seluruh akar umbi Muafakat Nasional tetap terus pertahankan perpaduan yang telah dibina dengan pelbagai pengorbanan dari pelbagai peringkat.

Muafakat Nasional ini telah membuktikan keupayaannya dalam memenangi beberapa PRK secara berturut-turut sebelum kehadiran PPBM lagi. Maka bukanlah sesuatu yang meragukan sekiranya Muafakat Nasional ini terus berpegang kepada asas dasar perjuangan bersama yang dimeterai ketika peringkat awalnya hingga mampu untuk terus menguasai politik negara melalui PRU15 kelak.

Ariffaizal Mohd Nor Ariffin


______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form