Berita Terkini

Sabah tak perlu menteri kesihatan, kata SAPP


KOTA KINABALU:
Pewujudan jawatan menteri kesihatan untuk Sabah seperti dilakukan kerajaan pimpinan Warisan sebelum ini tidak perlu kerana langkah itu hanya akan menyebabkan pertindihan tugas, kata Presiden SAPP Yong Teck Lee.

Katanya, selama ini isu kesihatan awam merupakan tanggungjawab Kementerian Kerajaan Tempatan Sabah menerusi Ordinan Kesihatan Awam 1960 dan Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 yang memberinya kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang termasuk mendenda pesalah dalam mengekang penularan penyakit berjangkit.

Pelantikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah Masidi Manjun sebagai jurucakap rasmi kerajaan berhubung Covid-19 juga tepat kerana beliau menerajui kementerian bertanggungjawab terhadap isu itu, kata Yong dalam kenyataan hari ini.

“Tidak perlu ada ‘menteri kesihatan negeri’ seperti menteri kesihatan peringkat persekutuan yang bertanggungjawab ke atas perkhidmatan perubatan dan hospital serta lain-lain. Menteri kesihatan Sabah tidak ada klinik, hospital, doktor atau staf perubatan untuk diurus tadbir.

“Sebab itulah semasa gelombang pertama Covid-19 bagi tempoh Mac hingga Jun lepas menteri kesihatan di bawah kerajaan pimpinan Warisan-DAP ‘tidak dapat dikesan’,” katanya merujuk kepada bekas Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Frankie Poon.

Rabu lalu, Poon yang juga pengerusi DAP Sabah dilaporkan berkata kerajaan baharu pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) harus segera melantik seorang menteri bagi menjaga hal ehwal berkaitan kesihatan susulan peningkatan mendadak kes Covid-19 di negeri itu.

Mengulas lanjut, Yong berkata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah ditubuhkan pada 1 Oktober lalu, dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri Safar Untong serta diwakili jabatan kesihatan terlibat termasuk daripada persekutuan.


______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form