Berita Terkini

Pasukan Polis Perlukan Perlindungan Yang Munasabah


Semasa pertemuan saya bersama pegawai-pegawai dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), saya kecewa dengan tantangan yang dihadapi mereka tatkala musim wabak.

Menurut laporan dari portal The Malay Mail hari ini bertarikh 17 Oktober 2020, terdapat seramai 2688 pegawai telah dikuarantin akibat terdedah dengan wabak COVID-19. Ini adalah peringatan kepada semua kita bahawa polis juga adalah pasukan barisan hadapan.

Di bawah hujan dan panas, pasukan polis terus terdedah dengan ancaman virus, meski dilengkapi dengan pelitup muka N-95 berjam-jam lamanya. Berdasarkan maklumbalas dari beberapa pegawai yang memberitahu saya secara tertutup, masalah tersebut jauh lebih parah dan membimbangkan.

Tatkala meningkatnya permintaan di kala PKPB, ditambah pula dengan pengendalian wabak yang buruk di Sabah, dan juga kegagalan pengurusan di Kementerian Dalam Negeri dalam menyediakan sut PPE kepada pegawai yang bertugas telah meletakkan mereka dalam zon yang berisiko tinggi.

Tambahan pula, mereka hidup dengan risiko wabak yang mampu terjangkit kepada orang yang berada di sekeliling mereka dan ahli keluarga.

Saya bersimpati dengan nasib dan keadaan mereka kini. Saya percaya sebuah kerajaan yang bertanggungjawab mesti tingkatkan usaha dalam memastikan perlindungan penuh dan munasabah diberikan kepada pasukan polis. Mereka tidak hanya mengawasi pintu-pintu masuk, malah bertanggungjawab terhadap keselamatan dalam negara.

Saya menggesa pihak bertanggungjawab untuk memastikan pegawai-pegawai polis, warden-warden penjara dilengkapi dengan perlindungan kesihatan dan keselamatan yang mencukupi seperti pelitup muka, cecair pembasmi kuman dan gogal. Ini tidak hanya untuk melindungi mereka dari ancaman wabak, malah untuk rakan-rakan dan ahli keluarga juga, samada yang tua mahupun yang muda.

ANWAR IBRAHIM

______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

3 Comments

  1. Nuar lah yg paling bagus,,tapi gagal menyekat kemasukan covid ke msia ketika ph berkuasa,,nk dia jadikan pm.plak,,,kawan dia si trump pun gaga urus negara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia agak senyap semasa PH memerintah tapi banyak keluar idea bila tak ada kuasa

      Delete
  2. Palestine @ Hammas kawan Umno dan Pas Malaysia...ok ker negara tu

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form