SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) mendakwa individu yang benar-benar darurat ketika ini ialah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bukannya negara.
Presidennya, Mohamad Sabu berkata, Muhyiddin ketika ini berdepan dengan darurat bagi mempertahankan kedudukan sebagai Perdana Menteri.
"Jika alasannya Covid-19, kita sudah ada undang-undang yang boleh digunakan untuk membasmi wabak ini dengan berkesan tanpa perlu kepada pengisytiharan darurat kepada negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap laporan bahawa jemaah Menteri yang bermesyuarat hari ini memutuskan untuk mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menguatkuasakan perintah darurat susulan krisis politik dan penularan Covid-19.
______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily
Tags
Berita
Cakap pandai la,,hari ini masak apa,pak abu oiii..hahaha,hang p masak p buat semak ja
ReplyDeletelama dia tak buat lawak, hang marah pula
DeleteSabrnar nya kau yg darurat dah habis semua keistimewaan nasib ada gaji ahli parlimen...sapa nak caya kau lagi mat sabu.
ReplyDelete