KUALA LUMPUR: Rakyat diminta kekal tenang dalam meneruskan kehidupan ketika ini berikutan pelbagai spekulasi sedang dimainkan oleh pembangkang khasnya Pakatan Harapan (PH).
Sehubungan itu Naib Presiden PAS, Senator Ustaz Idris Ahmad menyatakan sebarang pengumuman rasmi kerajaan harus diikuti dari saluran rasmi kerajaan yang benar-benar sahih.
Beliau menasihatkan agar seluruh rakyat tenang dalam menghadapi
situasi rumit ketika ini, memandangkan negara sedang berdepan dengan
penularan wabak Covid-19 yang tinggi ketika ini.
Kata beliau,
rakyat juga tidak perlu termakan dengan tohmahan dan dakyah yang
dilakukan oleh pembangkang yang cuba untuk mengucar-kacirkan keamanan
negara.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai spekulasi
pengisytiharan darurat yang kini semakin dimainkan oleh pihak
pembangkang.
Apa pun kata beliau, andai berlaku pengisytiharan
darurat, ia adalah bagi menangani pandemik wabak Covid-19 masih dalam
kerangka perlembagaan yang dibenarkan dan diambil kira oleh Yang
di-Pertuan Agong.
Katanya, kuasa prerogatif yang ada pada Yang
di-Pertuan Agong sudah tentu menjadi penaung buat rakyat Malaysia yang
semestinya mengambil kira semua perkara demi memastikan keharmonian,
keselamatan dan kedamaian rakyat akan dapat dimiliki.
“Apa yang
penting adalah soal berkaitan dengan kesihatan dan keselamatan rakyat
seharusnya perlu diambil kira dan diberi tumpuan,” tegasnya lagi.
Pimpinan
PH juga tidak perlu menimbulkan api kekecohan yang melampau dalam
kalangan rakyat, kerana rakyat telah muak dengan ‘politiking’ dan
perebutan kuasa yang dilakukan oleh pimpinan PH sehingga melihatkan
tindakan itu tidak memperdulikan keselamatan rakyat.
Terdahulu,
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan telah menghadap
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah
Shah di Istana Abdulaziz, Kuantan di Pahang petang tadi. – HARAKAHDAILY 23/10/2020
______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily