Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) hari ini membentang usul menghapuskan industri perjudian dalam negara dengan mendakwa bahawa golongan wanita dan kanak-kanak paling terkesan akibat gejala sosial ini.
Ahli Dewan Negara Asmak Husin mewakili DMPP membentang usul tersebut di Muktamar PAS kali ke-66 di Kota Bharu, Kelantan hari ini.
"Kesan buruk judi ini bukan sahaja melibatkan dan melingkari masyarakat Islam di Malaysia tetapi ia turut dibangkitkan oleh wakil bukan Islam terutamanya pengalaman saya di Dewan Negara kerana kesannya sangat dirasai oleh masyarakat.
"Terutamanya usul ini kami bangkitkan kerana yang paling terkesan dengan gejala sosial ini adalah wanita dan kanak-kanak.
"Isu judi tanpa lesen ini sudah berluasan sejak berpuluhan tahun terutamanya di Felda, kampung-kampung dan taman perumahan yang melibatkan khususnya anak muda Melayu Islam.
"Maka, kami wakil Dewan Muslimat PAS Pusat mengusul berusaha mengawal, mengurangkan dan menutup punca yang menggalakkan perjudian berlesen sebagai satu komitmen menghapuskan sepenuhnya industri judi dalam negara," katanya.
Terdahulu, wakil PAS Lembah Pantai Fauzi Abu Bakar menyokong usul tersebut yang merupakan usul kedua dalam muktamar kali ini
Ia dibahaskan dan diluluskan dengan sebulat suara.
Sementara itu, Asmak turut mengakui bahawa pihak penguat kuasa perlu tegas dalam menjalankan tugas mengekang industri perjudian.
"Tidak dinafikan dalam isu aktiviti perjudian tanpa lesen kerap terkait dengan penguatkuasaan undang-undang.
"Isu-isu ketelusan dan intergriti sering dipersoal bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Saya harap pihak penguakuasa perlu tegas dalam menjalankan tugas," katanya.
______
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily