Berita Terkini

Iklan seks ‘Get off in Thailand’ - AirAsia mohon maaf


Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia menarik iklannya yang dituduh oleh pengkritik sebagai mempromosikan pelancongan seks bebas.

Iklan dengan slogan ‘Get off in Thailand’ dipaparkan secara meluas di bas-bas di sekitar bandar Brisbane di Australia untuk mempromosikan laluan terus syarikat itu ke Bangkok.

Menurut BBC, kempen itu kemudian mengundang bantahan.

Jurucakap AirAsia memberitahu BBC: "AirAsia mengambil maklum reaksi masyarakat setempat dan kami dengan tulus memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul.

“AirAsia boleh mengesahkan bahawa kempen pengiklanan sudah berakhir dan telah mengarahkan rakan media kami supaya mengeluarkan iklan berkenaan secepat mungkin dari semua lokasi."

Melinda Liszewski, seorang aktivis di Shout Kolektif yang membuat bantahan dengan menyiarkan gambar iklan itu di media sosial dan menuduh syarikat penerbangan berkenaan "mempromosikan pelancongan seks."



Ahli Majlis Bandaraya Brisbane, Kara Cook pula melabel kempen itu sebagai "memalukan" dan berkata ia tidak sepatutnya dipamerkan langsung di jalan-jalan di Brisbane.

Beliau berkata bahawa majlis itu seharusnya bertanggungjawab terhadap iklan di bas mereka.

Pelacuran adalah haram di Thailand dan Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha telah menyeru negara berkenaan untuk mengikis imej sebagai destinasi pelancongan seks.

Industri pelancongan Thailand mencatatkan rekod pendapatan sebanyak AS$ 53.76 bilion pada 2017.


DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form