Berita Terkini

Umno Putar Belit Kerjasama Dengan Dap



Baru-baru ini, UMNO Perak telah bersekongkol dengan DAP dan PKR untuk menjatuhkan Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu. Pada hal baru saja pada 27 Oktober 2020, tak sampai dua bulan lepas, Zahid Hamidi kata UMNO takkan bekerjasama dengan DAP. Siap kata akan teruskan sokongan kepada kerajaan PN, tolak kerjasama PKR dan DAP.

Semasa jatuhkan MB Perak hari tu, UMNO Perak salahkan Ahmad Faizal kerana lantik ahli DUN UMNO masuk kerajaan tanpa runding dengan UMNO. Sekarang siap ugut PAS pulak kata kalau tak sokong, UMNO akan bentuk kerjasama dengan Amanah, PKR dan DAP.

Kononnya tak akan jadi macam tu, dan UMNO akan bentuk kerajaan dengan Amanah dan PKR saja. DAP akan duduk tepi diam-diam. Kira macam DAP tak join sekali. Ingat rakyat bodoh la. UMNO, Amanah dan PKR jadi kerajaan, DAP jadi pembangkang bersama PAS dan Bersatu. Haloo, dalam demokrasi, pernah tengok tak gabungan parti jadi kerajaan dan pembangkang serentak? Tak da kan?

Tak masuk akal, UMNO sekarang ni. Walaupun DAP tak dapat jawatan ke, tak umum dalam EXCO ke, masih dalam kerajaan tu. Hari tu masa komplot pun, diorang angkat tangan sama-sama. Bukan ke dah betul, DAP bekerjasama untuk angkat tangan? Benda ni dah rancang awal-awal lagi. Buat apa nak nafi?

Komen pemimpin-pemimpin UMNO sekarang, sama ada nak lepaskan tengkuk saja ataupun nak halalkan kerjasama dengan DAP.

Pendek cerita, UMNO memang semakin hilang hala tuju. Macam ni cara, rakyat dah hormat dah dengan parti ni. Percaya tu memang la tak percaya dah. Macam mana nak percaya, time wabak yang jejaskan ekonomi dan nyawa la dia buat pasal.

Jangan terkejut la jika UMNO akan terus merosot sampai satu hari jadi parti kecil sahaja dan terus hilang dalam arena politik Malaysia.

Dunia tanpa sempadan


______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

1 Comments

  1. Permainan licik musuh politik x dpt dihidu atau sememangnya dirancang adalah satu hal. Apa yg dirasakan jelas adalah zahid dan najib tahu akan perkara ini dan direstui berlaku kerana terdapat agenda peribadi

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form