Berita Terkini

Ahli Parlimen Kimanis nafi sokong Anwar


KOTA KINABALU:
Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin menyangkal dakwaan mengatakan beliau sebahagian daripada wakil rakyat UMNO yang menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata, perkara tersebut adalah tidak benar sama sekali.

"Sebagai seorang peguam saya faham akan kesan dan niat sesuatu SD itu dibuat.

"Justeru, saya ingin menyatakan seperti berikut, bahawa saya menafikan telah menandatangani SD dengan niat menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri," katanya.

Sejak semalam, timbul khabar angin mengatakan Presiden PKR itu telah meraih SD daripada beberapa kalangan ahli Parlimen termasukl 10 wakil rakyat UMNO.

Bagaimanapun, sebahagian wakil rakyat yang disebut termasuk ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin telah menyangkal dakwaan berkenaan.

______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

2 Comments

  1. Ramai yg tak mengaku tapi sbb apa ?

    Sbb memang tak buat..
    atau..
    buat, tapi tak nak ngaku lagi,
    sbb terlalu awal kalau nak ngaku pun..
    Atau..
    Buat, tapi tak nak ngaku sampai bila2.. untuk elak kena blacklist dengan pengundi...

    Tepuk dada tanya iman...

    ReplyDelete
  2. nak jadi penyokong anuar pun spt satu dosa, dirahsiakan dan takut utk ketahuan....apa ertinya menjadi penyokong anuar...
    perlukah rakyat dipimpin org spt anuar itu..? harap2 rakyat usah lagi twrpedaya kpd anuar ibrahim...,bijak berkata2, cakapnya berapi, tapi langsung tiada gunanya buat rakyat jelata....

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form