Bekas ketua menteri Sabah, Mohd Shafie Apdal mempertahankan keputusannya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah selepas kerajaan Warisan pimpinannya diganggu-gugat pihak tertentu.
"Saya rela mati
dalam gelanggang politik daripada menyerahkan kerajaan. Biar rakyat
tentukan," katanya dalam perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.
Shafie
berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Mohamad Alamin
(BN-Kimanis) apakah dia kesal kerana mencadangkan pembubaran Dun bagi
mengadakan PRN Sabah sehingga membawa peningkatan kes Covid-19 di
negeri itu.
Tegas Shafie dia tidak akan tunduk
kepada pihak yang mengamalkan konsep "cash is king" dan mempunyai
keupayaan untuk membeli wakil rakyat.
Katanya, PRN Sabah tidak akan berlaku jika kerajaan pimpinannya tidak diganggu oleh pihak tertentu.
"Saya
bukan sanggup mati kerana Covid-19, saya nyatakan nak menyerahkan
kuasa bukan kepada pihak yang bergantung kepada ‘cash is king’ kerana
‘purchasing power’.
"Nak serah kuasa baik saya mati dalam gelanggang politik. Bukan mati kerana covid, mati di gelanggang politik," katanya.
Mohd
Shafie memohon perkenan bagi membubarkan DUN Sabah selepas sekumpulan
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) yang bersamanya mengalih sokongan
kepada bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman.
Parti Warisan Sabah (Warisan) tewas dalam PRN Sabah yang berlangsung 26 Sep lalu apabila hanya berjaya memenangi 29 kerusi.
Manakala Gabungan Rakyat Sabah (GRS) secara berjaya membentuk kerajaan negeri yang baru di Sabah, selepas memenangi 38 kerusi.
GRS
dianggotai Perikatan Nasional (PN) memenangi 17 kerusi, BN mendapat 14
kerusi, seterusnya Parti Bersatu Sabah (PBS) menawan tujuh kerusi.
Selepas PRN Sabah, negara menyaksikan gelombang ketiga penularan Covid-19.
Dalam pada itu, Shafie berkata jika tidak gangguan daripada kerajaan kini, maka situasi Covid-19 di negeri itu kekal terkawal.
Katanya, sebelum PRN negeri itu adalah negeri paling terkawal dari wabak pandemik berkenaan.
“Kalau
sekiranya tidak ada gangguan daripada kerajaan yang ada pada hari ini
negeri Sabah adalah negeri yang amat terkawal keranan mempunyai paling
banyak ‘green area’.
______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily
Tags
Berita