KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, rakyat sudah mula bosan dan meluat dengan tindak-tanduk ahli politik yang dilihat sentiasa bercakaran dan bertelingkah dalam merebut kuasa pemerintahan negara.
Setiausaha
Sulit Sultan Selangor, Datuk Muhamad Munir Bani dalam satu kenyataan
berkata, Sultan Sharafuddin juga berasa dukacita kerana kebanyakan ahli
politik seolah-olah tidak mempedulikan langsung masalah dan kesusahan
yang dihadapi rakyat yang terkesan akibat wabak COVID-19.
Titah baginda, keadaan rakyat juga bertambah sukar akibat kedudukan ekonomi yang terjejas.
"Ahli-ahli
politik seharusnya bertanggungjawab di dalam meastikan penderitaan
rakyat ini sentiasa menjadi keutamaan ketika melaksanakan amanah dan
tanggungjawab mereka.
"Kesusahan
dan penderitaan rakyat di dalam kehidupan seharian perlu segera
ditangani dan diselesaikan dengan mengambil pendekatan drastik dan
efektif," titah Sultan Sharafuddin.
Baginda
turut mengambil maklum dan menyokong kenyataan Yang di-Pertuan Agong,
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 16 Oktober
lalu.- Astro
______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily
