ALOR SETAR: Tindakan menangguhkan Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Muafakat Nasional (MN) dan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO dibuat bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak kerajaan.
Menurut
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan, penangguhan itu juga
dibuat bagi meredakan dan mengurangkan ketegangan politik yang berlaku
di dalam negara ketika ini.
Tambah
beliau, semua pihak juga perlu memberi ruang terlebih dahulu kepada
kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam memastikan segala permasalahan
berkaitan COVID-19 dapat ditangani.
"Mesyuarat
semalam semua tangguh, ikut SOP, mesyuarat Pas dengan UMNO tangguh,
hari ini mesyuarat MT (Majis Tertinggi) UMNO pun tangguh, jadi nampaknya
kita nak redakan keadaan isu politi…. semua orang tumpu pada COVID.
“Semua
kena pastikan stabil termasuk di pihak pembangkang, sebab kita perlu
beri peluang kepada kerajaan hari ini yang telah mengambil sedaya usaha
untuk memastikan COVID-19 dapat kita tangani, tidak ada sebab bagi saya
untuk mana pihak menggugat kerja yang dilakukan oleh kerajaan hari ini
samada di dalam atau luar Parlimen,” kata beliau.
Takiyuddin
berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri perjumpaan bersama
Ketua Jabatan Agensi Persekutuan Negeri Kedah di Wisma Persekutuan Anak
Bukit, di sini pada Selasa.
Terdahulu,
satu kenyataan bersama Setiausaha Agung Pas dan UMNO dikeluarkan bagi
menjelaskan penangguhan mesyuarat Mesyuarat Jawatankuasa Perunding MN
pada Selasa bagi mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
(PKPB) terutama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Kenyataan
berkenaan juga telah menyatakan bahawa kepimpinan kedua-dua parti telah
bersetuju untuk mendaftarkan MN secara rasmi dengan Pendaftar
Pertubuhan Malaysia (RoS). - Astro
______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily
