Berita Terkini

Darurat Dalam Perkara 150 Perlembagaan


Oleh kerana tidak semua orang mampu membaca Perkara 150 Perlembagaan (kalau baca pun belum tentu faham bahasa perlembagaan ini) maka saya ringkaskan untuk pemahaman awam. Perbahasan pasal darurat ini banyak khilaf ahli undang-undang dan ini adalah ekstrak daripada Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

1. YDPA sahaja yang boleh isytihar darurat.

2. Periystiharan darurat boleh dibuat sebelum berlaku kejadian mengancam keselamatan, kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam.

2A. YDPA boleh isytihar pelbagai jenis darurat atas alasan berbeza-beza atau dalam hal keadaan yang berlainan.
2B. Semasa dalam darurat, YDPA boleh luluskan undang-undang tanpa melalui proses Parlimen jika Parlimen tidak bersidang.
2C. Undang-undang yang diluluskan YDPA itu sama kuasa macam akta Parlimen (namanya Ordinan).

3. Ordinan YDPA itu hendaklah nanti dibawa ke Parlimen setelah Parlimen bersidang dan hanya terhenti digunakan jika Parlimen meluluskan ketetapan untuk tidak memakai lagi Ordinan YDPA itu.

4. Selama mana darurat itu berlangsung, kuasa pentadbiran kerajaan Persekutuan akan meliputi kerajaan negeri termasuk untuk membuat undang-undang bagi kerajaan negeri atau mengarahkan pegawai-pegawai kerajaan negeri.

5. Semasa dalam darurat, Parlimen boleh luluskan apa-apa undang-undang tanpa berunding dengan kerajaan negeri (dalam hal yang sepatutnya dirundingkan mengikut Perlembagaan.

6. Apa-apa ordinan yang diluluskan YDPA atau akta parlimen yang diluluskan dalam tempoh darurat adalah kebal daripada tindakan undang-undang walaupun tidak konsisten dengan Perlembagaan.

6A. Namun, akta Parlimen itu tidak boleh dibuat berkaitan hal agama Islam, adat istiadat Melayu, adat istiadat bumiputera Sabah/Sarawak. Ordinan YDPA pula tidak boleh tidak selari dengan peruntukan berkaitan agama, warganegara dan bahasa.

7. Tempoh kuatkuasa Ordinan YDPA ini adalah sehingga 6 bulan selepas perisytiharan darurat itu tamat.

8. (a) Keputusan YDPA bahawa baginda puashati wujud ancaman keselamatan, kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam itu tidak boleh dicabar di Mahkamah.

(b) Mahkamah tiada kuasa untuk melayan apa-apa permohonan yang dibuat yang mencabar keesahan perisytiharan darurat atau Ordinan YDPA.

9. Dewan Rakyat/Dewan Negara hendaklah dianggap bersidang hanya jika ahli parlimen/senator itu berhimpun dan menjalankan urusan Parlimen itu.

23/10/2020

______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form