Berita Terkini

Amanah putuskan bersama Anwar, tidak lagi bersama Mahathir


Setelah agak lama Parti Amanah Negara dilihat cuba mendamaikan perseteruan antara Tun Mahathir denga datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam parti itu dikatatkan telah membulatkan tekad untuk terus memberikan sokongan dan dokongan kepada Datuk Seri Anwar bari meneruskan misi mendapatkan kembali kerajaan mandat rakyat.

Pertembungan antara Tun Mahathir dan Daruk Seri Anwar ini bukanlah lagi satu mitos sebaliknya satu hakikat sehingga menyukarkan Pakatan Harapan untuk mengambil alih semula kerajaan dari Muhyiddin walaupun majoriti yang dimiliki Muhyiddin terlalu tipis.

Parti Amanah Negara yang menyumbang hanya 11 kerusi namun memainkan peranan besar dalam memastikan Pakatan Harapan mara sebagai pemenang dalam PRU yang lepas.

Namun Langkah Sheraton yang diatur oleh sebahagian besar pemimpin parti Bersatu dengan segelintir pemimpin PKR telah membinasakan mandat yang diberikan rakyat. Sejak itu Amanah dilihat dalam persimpangan antara mengikuti gerakan yang diatur oleh Tun Mahathir atau pun gerakan yang diatur oleh Anwar.

Bahkan parti itu juga seakan cuba mendamaikan keduanya yang seperti tiada jalan untuk didamaikan lagi. Tindakan ini juga turut mengundang kritikan dalaman parti Amanah itu sendiri sehingga ahli-ahlinya dikatakan hangat berbahas dan berbincang mengenainya namun parti itu tetap tidak mengeluarkan pendirian memihak kepada mana-mana.

Mutakhir ini, gerakan Anwar mahu mengembalikan mandat rakyat mula menampakkan jalan yang agak cerah. Namun beberapa tindakan Tun Mahathir seperti mahu menghalang gerakan itu sedikit sebanyak menimbulkan tandatanya dalam kalangan penyokong PH, adakah Tun M benar-benar mahu tumbangkan kerajaan Muhyiddin atau mahu menyelamatkannya dalam diam?

Semalam menurut sumber, parti Amanah membuat mesyuarat khas membincangkan hala tuju parti ini. Antara keputusan yang dicapai menurut sumber adalah parti tersebut kini memberi 100% dokongan kepada gerakan yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tidak lagi bersama gerakan Tun Mahathir.

Parti itu kini bergandingan bahu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan gerakan yang dibawa oleh Anwar dapat menjadi kenyataan dan memastikan kerajaan Muhyiddin tumbang. - malaysiaharmoni.net


______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

1 Comments

  1. Amanah akan kesunyian, diabaikan dan dilupakan olehmasyarakat jika terus bersekongkong dng anuar ibrahim pkr, dap yg merupakan parti yg bukan utk beejuang utk kentingan umat melayu Islam itu...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form