Berita Terkini

Bukit Aman ambil keterangan Anwar esok


KUALA LUMPUR
– Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta tampil ke Bukit Aman esok untuk diambil keterangan berhubung penyebaran senarai nama 121 Ahli Parlimen yang menyokongnya sebagai Perdana Menteri.

Dalam satu kenyataan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Huzir Mohamed berkata, Ketua Pembangkang itu akan di soal di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), JSJ Bukit Aman.

“Siasatan diklasifikasikan di Bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Sekyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“PDRM masih menjalankan siasatan lanjut berkenaan dakwaan yang tersebar luas di media massa ketika ini. Sehingga kini, sebanyak 113 laporan polis telah diterima,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Huzir menggesa agar orang ramai tidak membuat, menerbitkan atau mengedar apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita yang mempunyai kecenderungan mencetuskan suasana tidak harmoni, perpecahan, perasaan permusuhan yang boleh menggugat ketenteraman serta keselamatan awam.

Terdahulu, media difahamkan Ahli Parlimen Port Dickson itu akan dipanggil ke Bukit Aman pukul 3 petang hari ini.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan Huzir semalam apabila memaklumkan Bukit Aman masih belum memuktamadkan tarikh untuk merakam keterangan daripada Anwar. – MalaysiaGazette


______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form