KUALA LUMPUR, 13 Mac — Perbandingan Umno-PAS dengan puak ultra-konservatif Taliban di Afghanistan wajar berikutan mereka menggalakkan politik kebencian.
Merujuk kenyataan Datuk Nga Kor Ming, Khalid Samad menganggap perbandingan itu “tidak salah” kerana gabungan itu berasaskan kebencian terhadap bukan Islam.
Naib presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata kedua-dua parti pembangkang kerap mengapi-apikan orang Melayu kononnya mereka diancam kaum lain.
“Kalau mereka menggunakan pendirian ini, tidak salah jika orang bukan Islam menganggapnya adalah gabungan berasaskan kebencian terhadap orang bukan Islam,” katanya.
Ketua DAP Sarawak pula berkata gabungan politik berdasarkan ketaksuban bukan hanya memberi ancaman kepada PH tetapi seluruh negara.
Chong Chieng Jen berkata taktik itu dapat dilihat dalam dua pilihan raya kecil yang dimenangi Barisan Nasional apabila Umno dan PAS bekerjasama mendapat undi orang Melayu.
“Inilah sebabnya negara berada dalam ancaman dan saya kesal MIC dan MCA masih bersama dengan mereka”.
Pada 9 Mac lalu, Nga berkata kerjasama Umno-Pas akan menyebabkan negara menjadi seperti Afghanistan yang diperintah oleh Taliban jika kedua-dua parti itu membentuk kerajaan.
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily
Tags
Komentar