Berita Terkini

Surendran mempertikaikan kenyataan Nurul Izzah Anwar


Bekas naib presiden PKR N Surendran mempertikaikan kenyataan Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar berhubung Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dalam wawancara bersama media Singapura.|

Surendran berkata demikian melalui Twitter sebagai merujuk wawancara Nurul Izzah dengan Straits Times.

"Adakah ini boleh diterima? Ketika ada pertikaian tentang perjanjian air dan konflik wilayah, ahli parlimen PH menyatakan bahawa perdana menteri sebagai "bekas diktator yang menyebabkan banyak kerosakan' dalam wawancara akhbar harian utama Singapura.

"Masa, ruang dan cara ia disampaikan, semuanya tidak betul," kata Surendran.

Dalam wawancara itu, Nurul Izzah diminta menggambarkan perkembangan politik dalam tempoh setahun lalu.

Beliau menggambarkannya sebagai "sangat mencabar dan huru-hara".

"Saya belajar banyak perkara, tapi saya juga rasa seperti patah hati," kata Nurul Izzah.

Mengulas lanjut, Nurul Izzah menyatakan kekecewaan dengan kemasukan bekas wakil rakyat Umno dalam PH, selain mengeluh tentang usaha menguatkan golongan moderat yang menurutnya tidak cukup.

Nurul Izzah kemudian menyentuh tentang pengalaman bekerjasama dengan Dr Mahathir, yang satu ketika dulu merupakan seteru ayahnya, Presiden PKR Anwar Ibrahim.

"Bekerjasama dengan bekas diktator yang menyebabkan banyak kerosakan bukan saja kepada hidup kami, tapi juga sistem (pentadbiran negara). Ia bukan sesuatu yang mudah," kata Nurul Izzah.

Perseteruan Mahathir dan Anwar pada 1998 menyaksikan ayah kepada Nurul Izzah itu dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan seterusnya menjalani hukuman penjara atas kesalahan rasuah dan liwat. Anwar mendakwa pensabitan itu bermotifkan politik.

Dua dekad selepas itu, Anwar kini sekali lagi menunggu masa untuk menaggantikan Dr Mahathir selepas kedua-duanya berganding bahu mengalahkan BN yang diterajui Najib Razak pada pilihan raya umum lalu.



DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form