Berita Terkini

Saya tiada maklumat Jokowi arah bebaskan Siti Aisyah kata Mahathir


Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau tidak mempunyai sebarang maklumat kononnya Malaysia menarik balik pendakwaan terhadap warga Indonesia, Siti Aisyah daripada pertuduhan membunuh abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam dipercayai adalah atas arahan Presiden Joko Widodo atau (Jokowi).

Bercakap pada sidang akhbar di Parlimen, Mahathir berkata sepanjang pengetahuannya, pembebasan Siti Aisyah adalah keputusan mahkamah.

"Ini keputusan mahkamah.

"Dia dibicarakan dan pertuduhan ditarik balik," kata Mahathir.

"Saya tidak menerima apa-apa maklumat," kata Mahathir ketika ditanya mengenai laporan yang mengaitkan pembebasan Siti Aisyah dengan usaha melobi dari Indonesia melalui kedutaannya di Kuala Lumpur.

Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam melepas tanpa membebaskan tertuduh pertama, Siti Aisyah, 26, yang didakwa membunuh Jong-nam dua tahun lalu.

Hakim, Azmi Ariffin membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan yang diketuai Tinbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad menarik balik pertuduhan ke atas warga Indonesia itu mengikut Seksyen 254(1) Kanun Tatacara Jenayah.

Portal Detik News melaporkan usaha membebaskan Siti Aisyah dibuat menerusi beberapa sisi pertemuan termasuk antara Jokowi dengan Dr Mahathir di Istana Bogor, Ogos lalu.

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Rusdi Kirana turut dipetik sebagai berkata, kejayaan Indonesia membebaskan wanita itu adalah komitmen Jokowi memastikan kehadiran kerajaan dalam membantu rakyat Indonesia yang berdepan masalah di luar negara.

Siti Aisyah, bersama warga negara Vietnam, Doan Thi Huong, 30 dan empat warga Korea Utara, masih dituduh membunuh Jong-nam dengan cecair kimia VX di KLIA2 pada 13 Feb, 2017.

DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form