KUALA LUMPUR, 11 Mac — Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam dua pilihan raya kecil (PRK) lepas tidak boleh dijadikan kayu ukur sokongan rakyat.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemenangannya dalam PRK Port Dickson menjadi penanda aras sokongan rakyat masih utuh.
“Saya fikir kayu ukur sebenar kepercayaan rakyat kepada kami bukan dalam PRK baru-baru ini dan Rantau tetapi kemenangan di Port Dickson.
“Rantau lebih kecil dan kubu kuat Umno jadi jika kita mahu menang, kita perlu kerja keras,” katanya.
Presiden PKR memenangi PRK Port Dickson Oktober lalu dengan majoriti 23,560 undi dalam pertandingan enam penjuru.
Anwar berkata Datuk Dr S Streram dipilih semula sebagai calon PRK Rantau bagi menunjukkan Pakatan Harapan tidak hanya memperjuangkan hak Melayu.
Katanya, pengundi India dan Cina masih mewakili 41 peratus daripada mereka yang layak mengundi.
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily
Tags
Berita