Sewaktu remaja lain seawal 18-19 tahun bersiul dengan lagu Backstreet boys, Radiohead, Hanson atau yang sewatu dengannya Nurul melaungkan slogan keramat reformasi. Sewaktu usia 19 tahun ada bernasib baik mempunyai keluarga sempurna, dia telah berjuang menegakkan kebenaran dan menentang kezaliman sewaktu keluarga dan pendokong reformis ditangkap dan disiksa oleh wajah yang kita kenal.
Jadi, apabila seorang tua di atas punca kuasa berkata kalau tidak mampu menahan panas baik keluar dari dapur, saya boleh katakan, anda boleh berkata begitu apabila anda hanya tahu makan apa yang telah dimasak; itupun setelah di masak oleh orang lain.
Bagi yang lain yang memandang rendah kepada Nurul di atas keputusannya, satu sahaja saya boleh katakan – saya kasihani anda dan prinsip perjuangan anda.
Nurul diajarkan oleh ayah dan ibunya dan juga oleh pengalaman prinsip keadilan. Di antara prinsip keadilan yang di pegang adalah berkata benar walapun pahit, berpegang dengan apa dijanji dan cuba sebaik mungkin menegakkan yang hak dan meruntuhan yang batil. Pejuang reformist akan faham bahawa Islah atau reform itu adalah satu perjalanan, dan bukannya destinasi (Reform is a journey, not a destination).
Nurul memahami hakikat ini dan dari kesedaran terhadap hakikat inilah wujudnya kenyataan beliau selama ini. Mana mungkin kita yang bercakap tentang integrity boleh berdiam diri bila integiri di langgar di depan mata kita sendiri. Apakah perlu kita meminta maaf sedangkan orang lain berbuat dosa?
Apabila Tun Mahathir mula mengambil orang-orang UMNO yang jelas sebelum ini penyebab kepada kerosakan negara, apabila pentadbiran ini mengekalkan pengerusi PAC dikalangan ahli PH sedangkan janjinya adalah untuk meletakkan pembangkang sebagai pengerusi (setakat artikel ini ditulis, Tun M bersetuju menukar pengerusi PAC tahniah Nurul) dan apabila agenda yang diutamakan adalah refomasi kepada pentadbiran tetapi Felda masih belum terbela, projek-projek hanya bertukar wajah tetapi masih kekal dalam dasar kronisme dan nepotisem, maka di mana reformasi dilaungkan?
Menteri ekonomi yang kononnya juga dibentuk dari agenda reformasi seakan burung kakak tua yang mengulang kata-kata tuannya. Maka, siapa kita mempersoalkan Nurul bilamana untuk orang mengambil serius pendiriannya, beliau sanggup melepaskan segala jawatan dan kedudukan! Inilah pengorbanan yang amat tinggi bagi seorang yang mempunyai masa depan yang jauh dan terang dalam politik seperti Nurul ini.
Kadang, mungkin kita perlu membakar diri di tengah khalayak ramai bagi mendapat perhatian. Ya orang boleh berkata “cry baby”, “attention seeker” tetapi kalau itu boleh mendapatkan perhatian orang di atas kayangan untuk mendengar desakan dan keluhan kita, kenapa tidak sanggup berbuat demikian? Persoalan lagi utama, berapa ramai sanggup berbuat demikian setelah selesa di pucak kuasa?
Agenda reformasi tidak berakhir bila kita menang Putrajaya. Ia baru bermula. Pendokong Reformasi bukan seperti UMNO dan Barisan Nasional yang hanya tahu “yes bos” “muahhhh” (cium tangan). Pendokong reformasi menongkat agenda reformasi dan akan terus menentang kebobrokan dan kehancuran, walaupun ia dilakukan oleh orang sendiri. Itu pasti dan itu yang ditunjukan oleh puteri reformasi kami...
Ingat! Nurul, kami, anda adalah tembok benteng terkahir di antara kebenaran dan kezaliman. Persoalkan. Anda di mana dalam agenda reformasi ini?
REFORMASI!
Iswardy Morni
Dun Semariang
#SarawakBaharuSarawakMaju
#ProReformasiSarawak
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily
Tags
Komentar