Berita Terkini

Jangan guna Zakir Naik untuk raih undi Melayu, G25 beritahu PH


PETALING JAYA: Kumpulan moderat Melayu, G25 menggesa Putrajaya berhenti menjadi “lebih Umno daripada Umno” dengan menggunakan sentimen kaum dan agama untuk meraih sokongan Melayu, selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa mengadakan pertemuan dengan penceramah kontroversi, Zakir Naik.

Jurucakap G25, Noor Farida Ariffin juga menggesa kerajaan Pakatan Harapan tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang membuat ucapan kebencian atau menggunakan kaum dan agama untuk memecah belahkan rakyat.

Katanya, adalah mengejutkan melihat Mujahid, yang bercakap mengenai Islam moderat, bertemu Naik, yang diketahui mengkritik agama lain.

“Bagi seseorang yang mempromosikan Islam moderat, Mujahid tidak sepatutnya ada kaitan dengan ekstremis Islam seperti Zakir Naik.

“Adalah mengejutkan melihat Mujahid dengan Naik. Kita patut hantarnya pulang ke India,” katanya kepada FMT.

Noor Farida berkata Naik membuat ucapan menghina terhadap agama lain dan tiada tindakan diambil terhadapnya.

Katanya, Naik juga memutarbelitkan Islam untuk mencapai tujuannya sendiri, sambil merujuk kepada gesaan Naik kepada orang Islam supaya mengundi calon Islam sebelum pilihan raya umum ke-14 Mei lalu.

“Adalah jelas, beliau fikir seperti orang lain bahawa kerajaan BN (Barisan Nasional) masih akan menang dan kekal berkuasa,” katanya yang mempersoalkan prinsip Naik.

Menerusi kiriman Facebook, Mujahid berkata usaha Naik untuk menyampaikan ajaran Islam membawanya ke setiap pelusuk dunia dan ini menjadi “inspirasi” kepada orang lain untuk terus berdakwah.

Tetapi Noor Farida berkata PH tidak seharusnya “menghantui sentimen Melayu”.

“Putrajaya perlu mengambil tindakan tegas dengan merujuk kepada polis dan peguam negara untuk mendakwa mereka yang mengkritik kaum dan agama,” katanya.

Pengarah Eksekutif Lawyers of Liberty, Latheefa juga mengkritik pertemuan Mujahid dan Naik, mengatakan ia adalah satu cara meraih sokongan Melayu.

Katanya menerusi Facebook, jika Naik tidak dipantau, beliau akan memecahbelahkan kepelbagaian kaum di Malaysia.

Membandingkan Naik dengan seorang lagi pendakwah dari India, Ahmad Deedat, katanya, Deedat mahir dengan Bible dan pengetahuan Biblenya itu menarik perhatian penganut Kristian.

“Zakir Naik adalah anak murid Ahmad Deedat. Gayanya sama dengan Deedat, tetapi dia membawanya ke tahap berbeza dengan mencabar Kristian dan agama lain,” katanya.

Naik, 53, berdepan tuduhan pengubahan wang haram dan ucapan kebencian di India, di mana pihak berkuasa tahun lalu mengatakan beliau “mempromosikan permusuhan dan kebencian antara kumpulan agama yang berbeza di India melalui ucapan dan ceramah awam”.

Beliau diberi status pemastautin tetap oleh kerajaan BN sebelum ini.


DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form