Jawapan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi berhubung pembinaan lapangan terbang di Kulim telah menambahkan lagi kekeliruan rakyat.
Sebelum ini Menterinya Datuk Seri Azmin Ali kata projek itu adalah inisiatif pihak swasta, jadi kenapa pula perlu diperuntukkan sejumlah RM1.6 bilion? Adakah ini “belakang kira”? Tiada sebuah syarikat sudi membelanjakan RM1.6 bilion untuk membina lapangan terbang yang akhirnya tidak mendapat pulangan.
Timbalan Menteri juga tergamam apabila ditanya oleh Ahli Parlimen pembangkang termasuk Mahdzir Khalid dan KJ tentang pelaksanaan projek ini samada melalui kaedah PFI atau diberi “facilitation fund” kepada syarikat swasta oleh Kerajaan PH.
Jangan buat main-main, nanti yang menanggungnya adalah rakyat!
Kita sudah ada dua lapangan terbang di Kedah, satu lapangan terbang antarabangsa di Langkawi dan satu lagi di Alor Setar. Sekarang mahu bina satu lagi lapangan terbang di Kulim? Adakah selepas ini Kedah akan dikenali sebagai “Kedah Darul Airports”?
Mengenai jarak lokasi cadangan Lapangan Terbang Kulim yang terlalu dekat dengan Lapangan Terbang Pulau Pinang yang sedia ada, Timbalan Menteri pula menjadikan Bandaraya Sydney sebagai contoh untuk memberikan justifikasi pembinaan lapangan terbang baru di Kulim. Alamak! Sejak bila Kulim boleh dibandingkan dengan Sydney?
Bercita-cita tinggi memang bagus tetapi berangan-angan seperti ini adalah sesuatu yang tidak realistik!
Wee Ka Siong
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily
Tags
Komentar