Berita Terkini

AMANAH Sedia Hadapi Gabungan ''No-PAS''


Isu gabungan Umno dan Pas atau 'NO-PAS' yang sebelum ini bermula dalam gelap, kini
sudah semakin menjadi realiti. Dalam perkembangan terbaru termasuk pilihan raya kecil
Semenyih,  hubungan  kedua-dua  parti  ini  semakin  intim  ke  arah  pembentukan  sebuah
gabungan politik.

Parti  Amanah  Negara  (AMANAH)  menyeru  seluruh  pemimpin  dan  ahli  untuk  mengambil
perhatian  terhadap  perkembangan  terbaru  ini.  AMANAH  hendaklah  mengakui  hakikat
untuk membuat pendekatan dan strategi baru bagi menguasai pemikiran rakyat khususnya
orang Melayu dan Islam di negara ini.

AMANAH juga perlu bersedia untuk menghadapi serangan isu agama dan kaum ke arah
penguasaan  majoriti  umat  Islam  dan  rakyat  Malaysia  sekarang  dan  pada  masa  akan
datang.  Pendekatan  Islam  Rahmat  Untuk  Semua  atau  Rahmatan  Lil  Alamin  perlu  lebih
menonjol  untuk  diterjemahkan  dengan  mengambil  kira  kewujudan  pelbagai  kaum  dan
agama di Malaysia.

Bersama Pakatan Harapan, AMANAH akan terus berusaha menghadapi politik order baru
ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 akan datang.

"MENGGALAS AMANAH, MEMBINA NEGARA"


HJ. MOHAMAD BIN SABU
Presiden
Parti Amanah Negara

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form