Berita Terkini

Korea Utara Lancar Peluru Berpandu Balistik


SEOUL
: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melepaskan peluru berpandu balistik, hari ini.

Peluru berpandu itu dilancarkan seminggu selepas pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un berikrar untuk meningkatkan lagi keupayaan senjata nuklear Pyonyang pada `kelajuan paling pantas’.

“Kami mengesan satu peluru berpandu balistik yang dilepaskan oleh Korea Utara pada pukul 12.03 tengahari (waktu tempatan) dari Sunan ke arah Laut Timur (Laut Jepun).

“Ketika ini, tentera kami menjejak dan memantau pergerakan berkaitan sebagai persediaan pelancaran tambahan,” kata Ketua Turus Bersama Seoul dalam satu kenyataan.

Pengawal Pantai Jepun juga menyatakan Korea Utara berkemungkinan melancarkan peluru berpandu balistik.

Pelancaran peluru berpandu itu adalah terbaharu dalam siri ujian senjata Korea Utara setakat tahun ini.

Ia dilancarkan selepas pegawai Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan memberi amaran Pyonyang bersiap sedia untuk menyambung semula ujian nuklear.

UtusanOnline


______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form