Header

"Tok Mat bijak, memang layak..." - Annuar Musa


KUALA LUMPUR:
Tan Sri Annuar Musa menyifatkan Datuk Seri Ahmad Maslan layak menjadi Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) yang baharu.

Menteri Wilayah Persekutuan itu memberi reaksi kepada kenyataan Ahmad Maslan yang mengatakan beliau tidak dipecat, sebaliknya diganti.

"Thank you Tok Mat (Ahmad Maslan).... bijak... memang layak," katanya dalam satu ciapan di laman Twitter pada Selasa.

Ahmad Maslan dalam satu sidang media sebelum ini berkata, Annuar tidak dipecat daripada jawatan Setiausaha Agung BN, sebaliknya digantikan, termasuk jawatannya dalam Muafakat Nasional (MN).

Tambah Ahmad Maslan, ia adalah perkara biasa apabila jawatan Setiausaha Agung dipegang oleh individu yang sama.

______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.