Nasib Ahmad Zahid Hamidi dalam politik UMNO nampaknya kian tergugat... sana sini ader desakan dari akar umbi yang mintak dier letak jawatan... malah ramai dikalangan warlord dalam UMNO yang sebenarnya tunggu masa jer untuk Ahmad Zahid Hamidi mengundurkan diri... sebelum depa akan dedahkan segala kepincangan Ahmad Zahid Hamidi...
UMNO ni adalah parti duit.. parti dimana sapa yang ader duit maka dier akan disanjung di puja dipuji... dah memang itulah UMNO sejak sekian lama... Ader dua cara dalam UMNO kalu nak naik... sama ada guna duit atau guna samseng.... dan kalu di combine kan dua cara tue maka memang lah terbaik... lagi cepat naik...
Umum sedia maklum
bahawa Ahmad Zahid Hamidi nih memang baik ngan Anwar Ibrahim.... kira
Anwar Ibrahim nih mentor kepada Ahmad Zahid Hamidi... dibelakang tabir
mereka memang rapat ... malah Ahmad Zahid Hamidi cukup kuat sebenarnya
soladariti dengan Anwar Ibrahim...
Sekarang ni.. yang nak jatuhkan Ahmad Zahid Hamidi adalah menggunakan beberapa alasan
- Arah tuju yang tidak jelas berserta lemah ketegasan tindakan membawa kesan kepada daya juang dan kesungguhan 3.6 juta ahli Umno
- Hilangnya keyakinan orang Melayu terhadap UMNO sebab kepimpinan yang lemah
- Pendakwaan salah laku kepimpinan UMNO mencalar imej UMNO. Ramai yang terlibat.
- Perjanjian belakang tabir dengan musuh UMNO (surat-surat sokongan) menyebabkan UMNO dilihat sudah keluar dari landasan.
Lagi cepat Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan dari menjadi Presiden UMNO,
maka lagi cepat UMNO akan bingkas bangkit kembali... Akar umbi UMNO
lebih banyak yang menyokong Mohd Najib Razak untuk naik kembali memacu
UMNO sebagai Presiden UMNO... para orang ramai mereka melihat bahawa
aura Mohd Najib Razak adalah lebih kuat berbanding Ahmad Zahid Hamidi..
So.... biler agaknya Ahmad Zahid Hamidi nak letak jawatan sebagai Presiden UMNO?? Bila?? Hahaha
So.... biler agaknya Ahmad Zahid Hamidi nak letak jawatan sebagai Presiden UMNO?? Bila?? Hahaha
______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily