Berita Terkini

Peja janji peralihan jawatan MB berjalan lancar


KUALA LUMPUR –
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak hari ini berjanji akan memastikan proses peralihan jawatan Menteri Besar berjalan lancar.

Beliau yang hanya mendapat 10 undi menyokong, tewas kepada 48 undi ADUN lagi yang tidak menyokongnya sebagai Menteri Besar Perak, dalam undian belah bahagi pada sesi persidangan DUN negeri itu pagi ini.

Usul undi percaya terhadap beliau dikemukakan Datuk Abd. Manaf Hashim, ADUN Rungkup dari UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid ketika mengumumkan keputusan itu berkata, usul undi percaya terhadap Ahmad Faizal menepati syarat dan tidak melanggar peraturan DUN dengan 45 ADUN bersetuju, manakala sembilan tidak bersetuju.

Sebelum itu, hanya dua ADUN UMNO yang mengambil bahagian berbahas iaitu Abd. Manaf dan ADUN Gunung Semanggol, Datuk Razman Zakaria.

Menerusi surat bertarikh 18 November 2020, Abd. Manaf menyatakan Ahmad Faizal yang merupakan ADUN Chenderiang dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak mempunyai keyakinan majoriti ADUN di negeri itu. – MalaysiaGazette


______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form