Berita Terkini

Sokongan Singa UMNO kepada Anwar mimpi ngeri buat PN


Pembentangan belanjawan 2021 pada awalnya dinantikan tetapi anti klimaks berlaku apabila Menteri Kewangan, Tengku Zafrul mengumumkan tiada monatorium disambung ( pilihan ) dan yg lebih membuatkan netizen berang apabila wang KWSP hanya dibenar dikeluarkan sebanyak RM 500 sebulan.

Jumlahnya pula hanyalah RM 6000 dan bersasar hanya utk 600 ribu pencarum. RM 500 sebulan tu buat bayar bil HP, bil elektrik dan bil air selesai... Maksudnya rakyat tak mampu nak lakukan sesuatu dgn sumber kewangan yg terhad.

Ini fokus utama rakyat Malaysia di kaca TV... yg lain itu kebanyakannya copy paste yg biasa kita dgr setiap tahun seperti bajet utk OKU, nelayan, sukan dan lain2. Kedegilan kerajaan PN mendengar suara rakyat dan pemintaan parti UMNO agar KWSP diberikan secara one off kpd rakyat wajar belanjawan ini ditolak.

Beginilah Zafrul... Kerajaan telah membantu Tony Fernandez atau Air Asia dgn pinjaman RM 1 billion. Jika kerajaan berikan pinjaman itu setiap bulan RM 100 juta utk tempoh 10 bulan... Zafrul ingat Air Asia mahu? Boleh Air Asia menyusun balik operasi dgn dana RM 100 juta sebulan tu. Begitulah juga rakyat yg dibuang kerja... faham tak?

KWSP ini jika diluluskan, semua bangsa akan dpt, sb itu penting utk mereka. Berapa ramai sebelum ini ditolak pemohonan mereka utk mendapatkan dana bantuan kerajaan... sb itu kena dgr nadi rakyat bukan nadi korporat.

Sebelum itu kalian jgn anggap ia perkara biasa apabila Noh Omar, Tajuddin dan Bung Mothar menyokong saranan Anwar membenarkan kesemua ahli Parlimen masuk ke dlm Dewan. Jika ia berlaku kpd undian menolak usul pembentangan perbelanjaan ini dgn alasan cadangan UMNO dan PH ditolak oleh kerajaan PN... rakyat pasti menyokong.

Lebih membuatkan rakyat berang ialah setiap kali bajet... mengapa kakitangan kerajaan diberi kelebihan sedangkan mereka tidak terjejas dgn Pandamik Covid19. Pendapatan mereka stabil tidak seperti pekerja swasta ada yg dipotong gaji 30-50%... lebih parah ada yg dibuang kerja.

Golongan inilah yg mahukan KWSP diberikan secara one off utk mereka mencuba bidang perniagaan secara kecil kecilan. Mereka yg dibuang kerja dlm usia 40 tahun ke atas agak sukar utk mendapat peluang pekerjaan atas faktor umur. Apa salah diberi RM 10k dari simpanan mereka RM 200k. Bukannya mereka minta keluarkan RM 190k. Lagi pun itu kan duit simpanan mereka.

Kerajaan dilihat sering mengutamakan kakitangan kerajaan demi populariti undi dgn pelbagai bantuan khas. Mereka tahu kakitangan ini adalah pengundi terbesar mereka dan kakitangan yg berkhidmat dgn mereka. Disebabkan itulah kerajaan kurang memberi fokus dlm bajet kpd pekerja sektor swasta yg teruk terjejas. Dijangka akhir tahun ini ratusan ribu akan kehilangan pekerjaan.

Yg hairan JASA yg kita tahu ia adalah unit propaganda kerajaan menerima RM 81 juta peruntukkan... apa keutamaan diberi bajet begitu banyak? Nak bayar Cybertrooper ???

Melihat daripada kemarahan netizen kerana kerajaan tidak membenarkan wang KWSP dikeluarkan secara one off atau dgn jumlah RM 10k... inilah masa yg paling sesuai utk Ahli2 Parlimen menolak Belanjawan 2021. Jika tidak mungkin kita terpaksa menanti hingga hujung tahun hadapan...

Ok cukup dulu setakat ini... belum baca balik teks ucapan Zafrul... nanti isu copy paste tu kita bual kemudian sb tiap2 tahun kita ulas benda sama tentang jumlah bajet... sb tahun ini berbeza kerana Covid19 kita fokus isu popular rakyat sahaja.

______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

1 Comments

Previous Post Next Post

Contact Form