Berita Terkini

Pengguna media sosial pro PH persoal peruntukan unit propaganda


PENGUMUMAN peruntukan RM85.5 juta kerajaan di bawah Belanjawan 2021 kepada unit propaganda Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) menyaksikan kemarahan pengguna media sosial di Twitter.
“Jasa” kini menjadi topik hangat di Twitter dengan ramai yang bertanyakan mengapa unit dibubarkan Pakatan Harapan kini dihidupkan semula oleh Perikatan Nasional (PN).

Peruntukan dalam belanjawan sepanjang Barisan Nasional memerintah sebelum ini sehingga ia dihapuskan pada 2018 juga jauh lebih rendah – dalam lingkungan RM21 juta sehingga di bawah RM23 juta – dari yang diperuntukkan oleh PN untuk tahun hadapan.

Ramai pengguna mempersoalkan kaitan Jasa dengan masalah yang dihadapi di negara ini – memerangi pandemik Covid-19 dan menyelamatkan pekerjaan serta ekonomi.

Malah mereka mengatakan wang yang diperuntukkan untuk unit itu dapat dibelanjakan dengan lebih baik untuk penjagaan kesihatan dan pendidikan.

“RM24 juta untuk kesihatan mental. Jasa dapat RM81 juta. Cuba kira!,” tulis Faizal Hamssin.
Yang lain pula membandingkan peruntukan itu dengan pemberian RM500 untuk petugas kesihatan barisan hadapan sebagai pengiktirafan mereka dalam memerangi wabak Covid-19.

“RM500 bantuan one-off untuk petugas barisan hadapan seolah-olah penghinaan. Mereka berhak mendapat lebih banyak. Hapuskan Jasa dan mereka boleh dapat RM1,300 sebagai ganti,” tulis @JustinTWJ

Pengguna Twitter Mooreyameen pula bertanya apa fungsi Jasa dan apakah ia dapat meningkatkan kehidupan rakyat Malaysia dalam menangani wabak serta ekonomi yang runtuh.

Pengguna lain @eddydaud berkata kerajaan tidak mempunyai alasan untuk mengatakan mereka tidak dapat memberikan lebih banyak bantuan tunai kepada rakyat Malaysia yang memerlukan.

Dia juga mengkritik cadangan lain dalam belanjawan untuk membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang hilang pekerjaan untuk mengeluarkan wang dari simpanan persaraan mereka.

“(Kerajaan) membenarkan pengeluaran awal (dari KWSP) adalah salah kerana (seharusnya) tidak boleh dijadikan ‘dana kecemasan’ untuk mengatasi pandemik Covid-19.

“Kerajaan perlu memberikan bantuan tunai langsung kepada rakyat Malaysia yang memerlukan. Jangan kata (kerajaan) tidak mempunyai wang bila boleh (peruntukkan) RM81 juta untuk Jasa,” tulisnya di Twitter.

Peruntukan bagi jasa dalam anggaran perbelanjaan persekutuan adalah RM81.5 juta yang dikategorikan sebagai dasar baharu dan RM4 juta untuk komunikasi strategik.

Unit ini ditubuhkan semula selepas dibubarkan kerajaan Pakatan Harapan pada 2018.

Pengguna Twitter lain turut menyatakan kemarahan mereka terhadap penubuhan semula unit itu.
Sebilangan kecil juga bertanya-tanya apakah penubuhan semula unit itu adalah kerana Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang memiliki majoriti tipis di Parlimen memerlukan unit propaganda untuk memastikan beliau tetap berkuasa.

Pengguna lain @DanYachb menerusi Twitter berkata bahawa Muhyiddin “mesti begitu takut kehilangan kuasa (dan) sokongan” sehingga beliau perlu memberi begitu banyak wang kepada Jasa. – 6 November, 2020.


______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form