Berita Terkini

Menteri tak kebulur jika potong gaji 30%, kata Dr M


KUALA LUMPUR:
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad akan menyokong cadangan memotong gaji menteri ketika pandemik Covid-19 bagi mengurangkan beban kerajaan, mengatakan pemotongan tidak akan menyukarkan hidup menteri.

Katanya, seseorang menteri tidak akan kebuluran walaupun gajinya dikurangkan 30% sekaligus.

“Apa perlunya kerajaan menambah pendapatan mereka apabila gaji mereka lebih dari mencukupi membiayai keperluan hidup mereka. Sepatutnya bantuan diberi kepada pekerja yang hilang pekerjaan, dan hilang pendapatan sama sekali. Mereka tidak pun dapat membiayai makan harian.

“Terdapat ramai yang tidak ada pendapatan sama sekali kerana tidak bekerja atau berniaga lagi. Bagi mereka keluarga akan turut menderita. Mungkin tidak 30%. Mungkin hanya 10%,” katanya ketia membahaskan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat.


______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form