Berita Terkini

Bekas Presiden Umany didakwa esok


BEKAS Presiden Persatuan Pemuda Baru Universiti Malaya (Umany), Wong Yan Ke akan didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, ketika mengesahkan perkara itu berkata, kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara berhubung kes menghalang penjawat awam, hari ini.

Beliau berkata, pertuduhan terhadap lelaki itu akan dibuat esok pada jam 10 pagi di Mahkamah Petaling Jaya.

“Pertuduhan dikenakan terhadapnya adalah mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan (Mengingkari suatu perintah yang diisytiharkan oleh penjawat awam),” katanya dalam satu kenyataan.

Wong ditahan pada 7 November lalu ketika polis menggeledah rumah Presiden Umany, Yap Wen Qing berhubung artikel yang diterbitkan oleh persatuan itu mengenai peranan Yang di-Pertuan Agong.

Dia ditahan kerana cuba merakam video anggota polis ketika kejadian.
______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form