PUTRAJAYA: Ahli majlis tertinggi Umno, Annuar Musa, memaklumkan Presiden Umno, Zahid Hamidi, dan Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin, sudah bertemu dan berbincang, di sebalik perkembangan yang menyaksikan Umno mempertimbangkan semula sokongannya kepada Perikatan Nasional dan syarat baharu yang ia kemukakan untuk meneruskan kerjasama itu.
Annuar bagaimanapun berkata rundingan antara kedua-dua parti itu masih berjalan.
“Setakat saya tahu rundingan Umno-PPBM sedang berjalan. Presiden dengan presiden bertemu selalu, malam kelmarin ada pertemuan,” katanya kepada pemberita pada satu acara di Putrajaya hari ini.
“Saya yakin penyelesaian itu sebahagaian besar telah dicapai.”
Annuar ditanya sama ada Umno dan PPBM sudah mencapai kata sepakat berhubung syarat baharu itu.
______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily
Tags
Berita
