Speaker Dewan Rakyat , Azhar Azizan mengesahkan ada usul percaya bagi menyokong Perdana Menteri telah dikemuka oleh ahli parlimen belah kerajaan. Impak jika usul tersebut tewas, bermaksud Muhyiddin telah kehilangan majoriti di dewan rakyat dan tidak lagi layak menjawat jawatan Perdana Menteri.
“Kita memang ada terima usul undi percaya terhadap perdana menteri, usul itu datang daripada sebelah kerajaan, tetapi kita akan tunggu usul yang lebih penting daripada pihak kementerian untuk dimasukkan dalam aturan mesyuarat,” kata Azhar seperti dipetik oleh Utusan Malaysia
PAS sebelum ini pernah mengemukakan usul serupa semasa sidang Parlimen Julai lalu namun tidak dibahaskan. Usul kali ini tidak didedahkan kepada umum oleh siapa.
Selain usul percaya, Muhyiddin juga berdepan 15 usul tidak percaya termasuk dari bekas rakan sejawatan dari BERSATU sebelum ini, Maszlee Malek dan Tun Mahathir sendiri. MP Gua Musang, Tengku Razaligh Hamzah sebelum ini telah mendesak usul ini dikemukakan segera.______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily