Berita Terkini

Tun M jumpa Ku Li, bincang usul tidak percaya - Sumber


KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li secara terbuka telah menyatakan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut sumber, perkara itu telah dimaklumkan sendiri oleh ahli kerabat Kelantan itu kepada Dr Mahathir, dalam satu pertemuan makan malam antara kedua-dua pemimpin politik veteran berkenaan di kediaman Ku Li, kira-kira sebulan yang lepas.

Menurut sumber, Ku Li memaklumkan sendiri perkara itu kepada Dr Mahathir, dalam satu pertemuan makan malam kira-kira sebulan lepas.

Menurut sumber, Ku Li memaklumkan sendiri perkara itu kepada Dr Mahathir, dalam satu pertemuan makan malam kira-kira sebulan lepas.

“Perjumpaan itu tak ada apa apa (yang serius). Ia berlaku kira-kira sebulan lalu dan hanyalah makan malam biasa.

“Tetapi dia (Ku Li) memang dah tak percaya kepada kerajaan Muhyiddin. Dia bagitahu (pada Dr Mahathir). Sebab itu kalau perasan, usul terakhir sebelum ini, dia (Ku Li), tak hadir,” katanya kepada Astro AWANI baru-baru ini.

Selain itu, seorang lagi sumber yang rapat dengan Ku Li dan Dr Mahathir mengesahkan terdapat usaha dan perundingan dijalankan untuk membentuk kerjasama antara dua tokoh veteran politik tersebut.

Pada 25 September lepas, Ku Li melalui sepucuk surat kepada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun untuk mengutamakan Usul Tidak Percaya Dr Mahathir, terhadap kepimpinan Perdana Menteri.

Ku Li berkata, Dr Mahathir Mohamad mendakwa Muhyiddin tidak membenarkan usul itu dibahaskan sebanyak dua kali dengan cara menyenaraikannya di penghujung senarai perbahasan.

Katanya, dengan cara itu perbahasan terhadap usul tersebut terhalang di samping pengundian terhadapnya tidak dapat dilaksanakan oleh Dewan Rakyat.

Azhar kemudiannya pada 29 September membalas surat tersebut dan menerangkan bahawa dakwaan bahawa Perdana Menteri tidak membenarkan Usul Tidak Percaya dibahaskan dengan menyenaraikan di penghujung Aturan Urusan Mesyuarat adalah tidak benar.

Beliau menjelaskan, Peraturan 15, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat menyatakan bahawa urusan kerajaan hendaklah didahulukan berbanding urusan-urusan lain.

Ketua Penerangan Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Dr Maszlee Malik pula dalam satu kenyataan hari ini berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Penaja Pejuang pada 15 Oktober 2020 telah memutuskan agar kelima-lima Ahli Parlimen Pejuang membawa usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri.

“Keputusan ini diambil kerana kegagalan Perdana Menteri mentadbir kerajaan sewaktu pandemik COVID-19 dan juga keraguan terhadap bilangan majoriti yang dipunyai beliau.

“Kelima-lima Ahli Parlimen Pejuang yang telah menghantar usul undi tidak percaya tersebut kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat adalah Ahli Parlimen Langkawi, Ahli Parlimen Jerlun, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Ahli Parlimen Kubang Pasu dan Ahli Parlimen Seri Gading,” katanya lagi.

______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form