Berita Terkini

Tolak darurat, kekalahan moral buat Muhyiddin


Apakah penolakan pengisytiharan darurat oleh YDP Agong boleh dianggap kekalahan moral buat Muhyiddin?

Dari sudut politik ianya satu kegagalan dari pihak Muhyiddin. Ini kerana Muhyiddin yang mencadangkannya kepada YDP Agong.

Malah ada dari sumber PPBM sendiri mengatakan bahawa Muhyiddin telah diberi nasihat yang salah oleh orang sekelilingnya.

Muhyiddin patut memecat saja para penasihatnya. Ternyata mereka telah tersilap langkah dan memalukan bos mereka sendiri.

Apa yang bakal berlaku ketika perbentangan belanjawan nanti? Kita harapkan belanjawan dapat diluluskan tanpa tentangan dari pembangkang.

Ini penting dalam situasi tidak menentu yang dihadapi oleh negara ketika ini akibat pandemik Covid-19.

Ketepikan sentimen politik buat seketika ini dan berganding bahu dalam mendepani cabaran yang dihadapi negara sekarang.

Seri Paduka Baginda Agong juga mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala politicking yang boleh menggangu kestabilan pemerintahan negara.

Seri Paduka Baginda turut menegaskan bahawa Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan di sidang Parlimen adalah amat penting kepada rakyat di dalam menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.

“Justeru, peruntukan kewangan amat diperlukan oleh petugas barisan hadapan bagi melancarkan tugas dan tanggungjawab mereka.

Kepada kumpulan Muhyiddin juga, hentikan berpolitik. Tumpukan perhatian kepada urusan pentadbiran kerajaan demi. Kesejahteraan rakyat.


______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form