Berita Terkini

Surat Zahid, Najib sokong Anwar mungkin hanya spekulasi - Khaled Nordin


KUALA LUMPUR:
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menafikan pernah dimaklumkan mengenai dakwaan bahawa Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri yang baharu.

Naib Presiden UMNO itu memaklumkan kepada Astro AWANI, perkara itu mungkin hanya satu andaian atau spekulasi pihak tertentu.

Ditanya sekiranya perkara sebegini memerlukan perbincangan mendalam dan kelulusan di peringkat Majlis Tertinggi atau ia terpulang kepada kebijaksanaan presiden parti, Mohamed Khaled berkata beliau tidak akan memberi reaksi kepada spekulasi.

Pada Jumaat, sebuah portal mendakwa, Ahmad Zahid dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menulis surat kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyokong Pengerusi Pakatan Harapan itu membentuk kerajaan baharu.

Portal berkenaan mendakwa, surat bertarikh 11 Oktober menyatakan, kedua-dua Najib dan Ahmad Zahid bersama sejumlah Ahli Parlimen UMNO bersetuju menyokong Anwar.

Usaha Astro AWANI untuk mendapatkan komen ahli Majlis Kerja Tertinggi dan Ahli Parlimen UMNO masih berterusan.

______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form