Berita Terkini

Sibuk kritik Ismail Sabri, Hannah tutup mata kezaliman DAP Penang


NAMPAKNYA Hannah Yeoh lebih sibuk mengkritik sidang dan mencari kelemahan dalam sidang Media DS Ismail Sabri setiap hari, tapi menutup mata terhadap kegagalan kerajaan PH-DAP di Pulau Pinang membela nasib rakyat miskin.

Hannah Yeoh dan pemimpin DAP Pulau Pinang berbangga dengan jutaan yang mereka kumpulkan. Mereka boleh habiskan duit beratus juta membina terowong yang sehingga kini masih belum ditemui, tapi rakyat miskin dan kelaparan mereka tidak peduli.

Terbaca dalam satu hantaran fb DS Najib Razak seorang ibu tunggal saudari Mageswari Krishnasamy berumur 31 tahun yang tinggal di flat milik Majlis Bandaraya di Pulau Pinang.

Keadaan mereka amat menyedihkan dengan ketiadaan pekerjaan, anak-anak yang kelaparan dan hanya mampu makan bubur kosong sahaja. Dan yang paling terkesan di hati saya, dia dan anak-anaknya akan dihalau keluar kerana tidak mampu membayar sewa kepada kerajaan negeri.

Di sini rakyat ingin tahu dimana sifat ehsan pemimpin kerajaan DAP Penang kepada rakyat? Kerajaan mengutip cukai daripada rakyat yang sepatutnya digunakan untuk pentadbiran dan juga digunakan untuk membantu golongan miskin dan memerlukan.

Jadi di mana semua pemimpin DAP terutama di Pulau Pinang?

Jangan hanya bangga dengan projek yang memberi untung ratusan juta kepada kerajaan negeri sedangkan rakyat yang bergelut dengan kemiskinan di abaikan.

“Buat apa simpan duit-duit ini jika bukan untuk bantu rakyat, lebih-lebih lagi ketika Covid-19 ini?
Bermegah-megah untuk apa?” kata DS Najib Tun Razak.

Hannah Yeoh jangan tutup mata pula terhadap kezaliman kerajaan PH-DAP Pulau Pinang terhadap rakyat. Jangan hanya nampak kuman di seberang laut, tapi bangkai gajah depan mata buat-buat tak nampak.

Ingat sikit gaji anda terima berpuloh ribu itu semua dibayar oleh rakyat, tugas anda membantu rakyat jadi bantulah rakyat. Jangan zalimi rakyat pula.

LAU CHIN KOK
Pengerusi Biro Media Baharu MCA Pusat


______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form