Berita Terkini

Selepas 10 Tahun, masalah air Selangor masih sama


Tahun 2008 - "Jika Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat, saya berjanji konsesi air akan kita ambil alih... kita bagi air percuma kepada semua sebab air ini adalah anugerah Allah yang bukan untuk dijual beli.. kita janji TIADA MASALAH BEKALAN AIR lagi selepas ini!"

Itu antara petikan ucapan segelintir pemimpin Pakatan Rakyat ketika itu yang mana antara parti gabungannya adalah DAP, PKR dan PAS. Tapi itu dulu laaaaa... sebelum dapat negeri Selangor.. sebelum mereka menang besar dan terus berkuasa sehingga sekarang.

Tapi sampai bila rakyat nak dimomokkan dengan janji-janji kosong yang sudah lebih 10 tahun diungkap.

Pandai cakap RASUAH, SALAH GUNA KUASA tapi hakikatnya adalah mereka-mereka ini yang menjadi pelopor utama dalam semua ini. Kalau bukan salah guna kuasa mana mungkin ada pencemaran air yang berpunca daripada kilang haram yang mereka sudah kutip ufti setiap bulan?

Kalau bukan rasuah macam mana tokey-tokey besar berani menceroboh tanah milik kerajaan berstatus hutan simpan atau lebih tepat tanah rizab Melayu!

Sembang berdegar-degar! Masalah air tak pernah nak selesai!

Umpama acara tahunan bagi negeri Selangor setiap tahun pasti ada masalah bekalan air ni. Lebih malang tahun ini apabila hampir setiap bulan Menteri Besar Selangor cium bau air yang tercemar kononnya dan menyalahkan orang lain.

Sultan Selangor suruh tutup kilang haram yang ada kat tepi-tepi sungai, MB kesayangan rakyat Selangor ini bukan nak dengar kata. Al maklumlah MB Selangor sekarang bukanlah rakyat kelahiran negeri Selangor. Dia ada kuasa kan. Dia MB kan?

Orang lain tengah susah hilang kerja, hilang pendapatan MB Selangor dengan elaun beratus ribu turun konon prihatin semata-mata nak hidu bau air sungai yang tercemar.

Apa plan tindakan? Apa tindakan yang dah dibuat?

Yilllleeekkkkk!!!!!!




______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form