Berita Terkini

Permohonan Najib celah kes berkaitan Altantuya ditangguhkan


Mahkamah Persekutuan menangguhkan pendengaran permohonan Najib Razak untuk mencelah dalam permohonan semakan semula sabitan dan hukuman mati terhadap bekas pegawai polis Unit Tindakan Khas (UTK) Azilah Hadri dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Peguam utama bekas perdana menteri itu Muhammad Shafee Abdullah mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini hari ini.

Katanya, ia ditangguhkan susulan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang bermula minggu lepas.

Mahkamah Persekutuan pada mulanya menetapkan tarikh ini. Azilah cuba mengetepikan sabitan dan hukuman mati padanya atas kesalahan membunuh Altantuya.

Pendengaran mahkamah di kawasan PKPB ditangguhkan dari 14 hingga 27 Ogos.


______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form