PETALING JAYA: Wanita Umno akan terus berpegang dengan prinsip dan keputusan majlis kerja tertinggi (MKT) parti itu untuk tidak menjalin kerjasama dengan DAP, sebaliknya terus memperkukuh Muafakat Nasional (MN).
Ketuanya, Noraini Ahmad berkata, ini termasuklah menolak kerjasama dengan mana-mana pihak yang mempunyai hubungan dengan DAP.
“Wanita Umno juga yakin dan percaya dengan kebijaksanaan pucuk pimpinan dalam membawa hala tuju parti demi kepentingan rakyat sesuai dengan status parti keramat di negara ini.
“Justeru, Wanita Umno berharap semua ahli parti, khususnya wanita
supaya tenang dan tidak membuat sebarang andaian yang boleh menjejaskan
keharmonian di dalam parti,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, beliau yang juga menteri pengajian tinggi menyeru
akar umbi supaya terus mengukuhkan benteng parti bagi memastikan ia
tidak ditembusi lawan, lebih-lebih lagi yang mahu melihat parti Melayu
itu tenggelam.
Semalam, Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan, menegaskan Umno konsisten dengan pendirian untuk tidak menjalin sebarang kerjasama politik dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan DAP seperti yang diputuskan pada mesyuarat MKT sebelum ini.
Katanya, Umno juga kekal dengan keputusan untuk mengukuhkan Barisan Nasional (BN) dan memantapkan MN yang kini disertai PAS serta PPBM.
______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily