Berita Terkini

KeputusanAgong telah mempertahankan Perlembagaan


Ampun Tuanku,

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong bersama Duli-Duli YMM Raja-Raja Melayu telah membuat keputusan terbaik untuk Malaysia dengan tidak mengisytiharkan perintah darurat seperti yang dicadangkan oleh Kerajaan.

DYMM Tuanku dan Dulu-Duli YMM Raja-Raja Melayu melalui keputusan ini telah mempertahankan Perlembagaan, mengiktiraf kerja keras dan sumbangan luar biasa petugas kesihatan dan barisan hadapan negara serta mengutamakan kepentingan rakyat kebanyakan.

Patek yakin Kerajaan Perikatan Nasional akan mengusahakan apa jua yang sewajarnya untuk menterjemahkan keputusan bijaksana ini.

Keputusan ini sewajarnya mendorong semua pihak tampil demi kepentingan nasional untuk bersama-sama Kerajaan dalam memerangi pandemik global ini.

Kebijaksanaan dan hikmah DYMM Tuanku dalam perkara ini meyakinkan patek bahawa institusi Raja mempunyai peranan Perlembagaan yang sangat penting dalam pentadbiran negara ini. Untuk kesekian kalinya, DYMM Tuanku serta Duli-Duli YMM Raja Raja Melayu terus mengutamakan rakyat dan kebajikan mereka dengan sebaik-baiknya.

Menjunjung kasih Tuanku

Dato Seri Utama
Mohamad bin Haji Hasan

______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form