KUALA LUMPUR, 14 Okt — Umat Islam diingatkan tidak memandang remeh saranan bekerja dari rumah jelas pendakwah dan pensyarah Datuk Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim.
Jelasnya, hal ini kerana individu bekerja dari rumah masih menerima gaji bulanan dan menjadi kesalahan jika tidak menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
"Walaupun kita kerja dari rumah dan tidak pergi pejabat tetapi wajib bekerja di rumah.
"Ada orang tidur terus kata kerajaan suruh rehat. Tidak boleh. Itu tanggungjawab. Jawab nanti depan Allah," katanya dalam sebuah video dikongsi di media sosial hari ini.
Tambah Mohd Izhar, mereka yang bergaji dan masih mempunyai pekerjaan bersyukur apatah lagi terdapat ramai individu yang hilang pekerjaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Hari ini, kerajaan Persekutuan melaksanakan PKP Bersyarat selama dua minggu bagi seluruh kawasan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Pekerja dinasihati bekerja dari rumah bagi mengekang penularan Covid-19 yang semakin berleluasa.
Semalam, Malaysia mencatatkan 660 kes baharu Covid-19 dengan empat kematian dan 5,345 kes aktif.
______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily