Tiga wilayah Selangor dan Sabah,
Sudah diarah kerja dari rumah;
Orang politik sedar sedarlah,
Ini bukan masa untuk berbalah.
Raja sudah bertitah,
Sudah sudahlah bertelingkah;
Rakyat sedang susah,
belum masa keluar memangkah.
Buah cempedak di luar pagar,
Jangan ambil orang punya;
Titah raja jangan dilanggar,
Kalau dilanggar buruk padahnya.
Semua orang duduk rumah,
Sebab covid belum sudah;
Pada yang makan rasuah,
Betaubatlah banyakkan ibadah.
Kalau boleh kita kaitkan pantun empat kerat itu dengan landskap politik semasa hingga membawa kepada menguatkuasakan darurat politik. Maka pasti kita akan terbayang muka muka diantara mereka. Apakah mereka daripada UMNO atau saja PKR. Mungkin!
Pada hakikatnya pemain-pemain politik daripada PKR dan UMNO telah cuba menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional.
Maka wajarlah pantun empat kerat diatas mereka fahami. Selepas itu diproses menjadi iktibar, jangan lagi tinggikan angan angan tu.
______
DETIKDAILY
http://detikdailyonline.blogspot.com
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily