Berita Terkini

Saingan 7 penjuru di kerusi baru Tulid


KENINGAU:
Kerusi baru di bawah Parlimen Pensiangan, Tulid menyaksikan pertembungan 7 penjuru pada Pilihan Raya Negeri Sabah 26 Sept ini.

Calon itu ialah Dahlan @ ulin Abdullah @ Amil daripada LDP, Mudi Dubing yang mewakili Warisan, Flovia Ng daripada Perikatan Nasional, Matusin Bowie @ Matius (PBRS), Suman Yasambun (PBS), Mohamad Khairy Abdulah daripada Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) dan Matusin Timam (Parti Cinta Sabah).

Perkara itu diumumkan pengurus pilihan raya, Masly Wahip di Dewan Tan Sri Suffian Koroh di Institut Pendidikan Guru Keningau.

Masly berkata, 9 pusat mengundi di DUN Tulid akan dibuka pada hari pengundian 26 Sept ini, tetapi Sekolah Kebangsaan Simbuan dan SK Mansiat akan ditutup lebih awal, iaitu 3 petang.

DUN Tulid antara 13 kerusi baru untuk PRN Sabah ke-16. Ia mempunyai 8,910 pengundi berdaftar.

______
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form